Penyanyi popular, Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke -36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam ini. Dengan meraih jumlah undi berjumlah 8,882,662, Aina telah membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi. Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani yang turut mempertahankan kemenangannya dalam kategori Penyanyi Wanita Popular yang diinspirasikan CONBOO telah berjaya menewaskan pencabar lain seperti Siti Nordiana, Khai Bahar, Khairy Jamaluddin dan kumpulan Senario. Bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular.
Kemenangan Khairy yang terkenal dengan kempen #KJJadiDJ dan #MenangSelfieMenang Undi’ bagai sudah dijangka, mengambil kira sambutan hangat diberi kepada beliau sejak mula bertugas dengan Hot FM.' ABPBH 36 kali ini mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia dan diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama. Sumber: Oh Media |
Hoola replied at 12-10-2024 07:47 PM
awat dia xpakai bj aneh2 lagi kreatif dah?
if not can matchy2 dhn aty didie alias
bpbbppbp: Nma tgh naik ni eloklah buat b ...
Sazreena replied at 13-10-2024 01:46 PM
enah bedul ni mekap cana pun gituh je la looknya..
Violacantik replied at 13-10-2024 12:57 AM
Baik dia repair muka dia dulu
Sazreena replied at 13-10-2024 01:46 PM
enah bedul ni mekap cana pun gituh je la looknya..
ADVERTISEMENT