Selepas pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu Isnin lalu, pelakon Abby Abadi melontarkan satu pertanyaan menerusi Insta Story miliknya. Menerusi perkongsian itu, Abby mengatakan kedua-duanya masih sayang tetapi tetap bercerai. Abby turut mempersoalkan mengapa Fattah tidak memujuk serta tidak pertahankan rumah tangga. Pada hantaran tersebut, Abby turut menyertakan lagu dendangan penyanyi terkenal, Ziana Zain berjudul Berpisah Jua serta turut memaparkan video Fazura dan Fattah Amin berjalan seiringan sebelum ini. Sementara itu, Abby turut berkongsikan beberapa gambar keluarga pasangan selebriti berkenaan bersama anak mereka Nur Fatima Aisya.
Terdahulu, Abby menitipkan nasihat buat pasangan selebriti serta berharap agar mereka dapat mempertahankan rumah tangga yang kini retak. Malah, Abby berkata dia tidak dapat fokus berniaga kerana menangis setiap kali membaca berita mengenai pasangan itu serta meminta mereka tidak cepat mengalah sebaliknya perbaiki apa yang kurang. Sumber : Rotikaya |
ADVERTISEMENT