Paris: Legenda tenis Sepanyol, Rafael Nadal yang memenangi 22 gelaran perseorangan Grand Slam, mengumumkan akan bersara selepas final Piala Davis. "Saya mengharungi tahun-tahun yang sukar, terutama dua tahun terakhir ini. Saya teruja kerana kejohanan terakhir saya adalah Piala Davis, mewakili negara saya. "Ia adalah penutup terbaik kerana kegembiraan pertama saya ialah final di Sevilla pada tahun 2004," kata Nadal, 38, yang memegang rekod 14 kejuaraan Terbuka Perancis. Pusingan kalah mati Piala Davis akan berlangsung pada 19 hingga 24 November ini. 'Raja Tanah Liat' itu memenangi gelaran terakhir di Roland Garros pada tahun 2022 dan meninggalkan Paris dengan rekod 112-4. Nadal hanya bermain dalam 23 perlawanan sepanjang dua musim lalu. Dia akan menggantung raketnya dua tahun selepas seteru utamanya, Roger Federer bersara.
Kini hanya pemenang 24 gelaran major, Novak Djokovic dari Serbia yang masih aktif daripada trio utama tenis lelaki itu. Sumber - Harian Metro |
ADVERTISEMENT