CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1 daripada 8 kanak-kanak perempuan diperkosa sebelum berusia 18 tahun

10-10-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28448| Komen: 4

 


NEW YORK - Lebih 370 juta kanak-kanak perempuan dan wanita atau satu daripada lapan individu di seluruh dunia menjadi mangsa pemerkosaan dan serangan seksual sebelum mereka berusia 18 tahun.

Laporan itu dikeluarkan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu yang turut mendedahkan jumlah itu meningkat kepada 650 juta orang atau satu daripada lima individu di seluruh dunia di bawah kategori keganasan seksual bukan melibatkan fizikal seperti serangan lisan atau di platform dalam talian.

Tinjauan global pertama itu juga mendapati kira-kira 240 hingga 310 juta kanak-kanak dan lelaki atau satu daripada 11 individu di seluruh dunia menjadi mangsa rogol dan serangan seksual ketika di bawah umur.

“Skala pelanggaran hak asasi manusia ini amat membimbangkan dan sukar difahami sepenuhnya kerana stigma masyarakat, cabaran lain dan pengumpulan data yang terhad,” ujar UNICEF dalam satu kenyataan.


Data mengejutkan itu diterbitkan menjelang persidangan pertama peringkat menteri untuk mengakhiri keganasan terhadap kanak-kanak di Colombia pada bulan depan.

Menurut UNICEF, penemuan itu menggariskan tentang keperluan segera untuk mengetatkan undang-undang sedia ada dan melancarkan kempen kesedaran bagi membantu kanak-kanak memahami bentuk keganasan seksual dan kemudiannya memaklumkan kepada orang dewasa.

Jelasnya lagi, pengumpulan data secara terperinci diperlukan untuk merekodkan skala penuh masalah tersebut berikutan jurang ketara yang wujud antara golongan lelaki dan wanita yang tidak terkecuali menjadi mangsa keganasan seksual.

Difahamkan, laporan tersebut berdasarkan kaji selidik dilakukan antara 2010 dan 2022 di 120 negara manakala angka bagi golongan lelaki diperoleh daripada sumber data lebih meluas menggunakan beberapa kaedah tidak langsung. - Agensi

Sumber - Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 11-10-2024 08:35 AM
dunia sekarang mmg scary. jgn kan kanak2 pompuan, kanak2 lelaki pun xterlepas dari pemerkosaan dan serangan seksual.
Quote suri33 11-10-2024 11:27 PM
Konon bangsa yg paling bertamadun.
Quote kucim 12-10-2024 12:58 AM
More than 1 mil porn child clips in internet.no wonder
Quote green~tea 12-10-2024 10:54 AM
11 tahun 12 tahun  dah birah merenyam nak oiii.. celah bedah babi nyaaaa rogol....

Cam sialllll perangai biji biji tak cukup umur

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.026839 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top