CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah

10-10-2024 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30045| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR: Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata mangsa telah mengambil penumpang berkenaan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun di Jalan Sultan Ismail, sini, pada kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

"Dalam perjalanan, penumpang lelaki telah termuntah lalu ditegur oleh mangsa dan apabila tiba ke destinasi iaitu sebuah kondominium di Kampung Cheras Baru, kedua-dua penumpang menolak mangsa sehingga terjatuh.

"Mereka dikatakan turut menumbuk di bahagian mulut mangsa yang berusia 50 tahun itu dan menyebabkan luka di bahagian siku tangan kiri serta lebam di bahagian tapak tangan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Azam berkata kedua-dua suspek ditahan di kondominium berkenaan pada pukul 11 pagi Isnin dan Mahkamah Majistret Ampang membenarkan reman terhadap mereka selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya.


Sumber - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 11-10-2024 08:17 PM
Kami asing worang tada takut pukul Malezia worang...dia worang banyak limbik...
Quote otai_g 11-10-2024 08:24 PM
Cuba ko buat hal yg sama kat negara org. Sekejap je da jd arwah. Msia ni sgt lemah smpi org luar blh ayam2kan rakyat msia ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071230 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top