ISTANBUL: Seorang juruterbang Turkish Airlines dilaporkan meninggal dunia selepas rebah dalam penerbangan, pada Rabu. Menurut jurucakap Turkish Airlines, Yahya Üstün, İlçehin Pehlivan, 59, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas penerbangan TK204 berlepas dari Seattle pada Selasa malam. Selain itu, bantuan kecemasan yang diberikan ke atas Pehlivan juga gagal memulihkan juruterbang itu dan menyebabkan pembantu juruterbang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York. Mangsa bagaimanapun, menghembuskan nafas terakhir sebelum pesawat mendarat. Menurut jurucakap syarikat, Pehlivan telah bertugas bersama Turkish Airlines sejak 2007. Pemeriksaan kesihatannya yang dilakukan pada Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Sumber – Buletin TV3 |
ADVERTISEMENT