KUALA LUMPUR: Nasib 24 individu termasuk pimpinan tertinggi rangkaian GISB Holdings (GISBH), akan siasat selanjutnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diketahui hari ini. Ini berikutan tempoh tahanan reman terhadap mereka berakhir hari ini. Setakat ini berkemungkinan besar, semua atau sebahagian individu terbabit termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, bersama isteri dan anak akan siasat selanjutnya mengikut akta itu. Manakala bagi mereka yang tidak akan ditahan mengikut SOSMA, berkemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadap mereka selesai. 24 individu terbabit sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 12 Akya Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Tindakan itu adalah seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini pada 3 Oktober lalu.
Sebelum ini seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISBH ditahan semula di bawah SOSMA selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir manakala 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis. Semua yang terbabit dalam organisasi GISBH ditahan dalam Operasi Global 2024 (Op Global 24) bermula dari Fasa 1 sejak 8 September lalu hingga Fasa 4, pada 21 September lalu. Satu sidang media akan diadakan petang ini, berhubung perkembangan terkini Op Global 24 oleh Tan Sri Razarudin berkaitan perkembangan siasatan dan tindakan terhadap GISBH di ibu negara. Sumber – Berita Harian |
Kitty_catz replied at 10-10-2024 01:07 PM
ada chance boleh lepas ke set2 skibidi bidi nehh?
yihhhhh sangt la kalu lepas
FOTHER-MUCKER replied at 10-10-2024 05:16 PM
Bisnes di luar negara juga dah tutup
Acik2kepam replied at 10-10-2024 04:54 PM
Itulah kalau lepas bergumbira la puak2 yg menyokong dorang ni
Kitty_catz replied at 10-10-2024 02:04 AM
yaaa bebudak mara suke dtg sini.. sbb murahh
some kata sedap.. tp most kata tak sedap
ADVERTISEMENT