Baru-baru ini tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mengenai seorang suami menerjah isterinya yang sedang ‘dating’ bersama seorang anggota penguat kuasa. Demi membela dirinya, si isteri telah membuat satu hantaran di TikTok dan Facebook mendedahkan dirinya dan suami sudah tidak tinggal bersama dan dalam proses bercerai. "Saya cuba untuk berdiam sampai kes mahkamah saya selesai tapi hal dah menjadi keterlaluan dan viral merata page,lagipun saya dan dia sudah tinggal berasingan hampir satu tahun. Saya yang melangkah meninggalkan lelaki tersebut. Sepanjang proses penceraian saya tiada disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa. Tapi disebabkan kuasa viral orang hanya mendengar sebelah pihak." Wanita tersebut turut mendedahkan bahawa suaminya tidak memberikan kerjasama apabila dia mahu berpisah secara baik. Dia menunjukkan slip kehadiran mahkamah yang menunjukkan kes penceraian tersebut di tunda kerana suaminya tidak bersetuju untuk bercerai.
Menerusi posting Facebooknya juga, dia berkata dia menafkahi dirinya serta anak yang bersama dengannya dan terpaksa membuat dua ke tiga kerja termasuk Grab sambilan untuk membayar hutang yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut yang menghalangnya berkerja sebelum ini. Sumber – Beautifulnara |
bpbbppbp replied at 10-10-2024 09:16 AM
Tunggu jelah cerai dlu. Baru cari lain. Ni blh jadi kes khalwat. Tak manis sbb msih status istri org ...
Decaffeinated replied at 10-10-2024 09:35 AM
"Wanita tersebut turut mendedahkan bahawa suaminya tidak memberikan kerjasama apabila dia mahu ber ...
kelip2_07 replied at 10-10-2024 12:06 PM
kdg2 kes mcm nie naya jgk..klu mmg btl pompuan slh xpe..ade tu laki yg slh tp sj nk kenakn bini..dh ...
kelip2_07 replied at 10-10-2024 12:36 PM
yee bkn lesen..yg aku cite ade kes mmg sj nk naya bini..sdgkn ms jd laki xfunction