CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Pilih Gambar Berdua Jadi ‘Wallpaper’, Hadiah Iphone Dari Keith Foo Sebab Bangga Dengan Kejayaan Dicapai

10-10-2024 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11897| Komen: 9

 


Pelakon Riena Diana mengakui terkejut apabila menerima hadiah berupa telefon bimbit jenama mewah keluaran terkini daripada kekasih hati iaitu aktor Keith Foo.

Riena atau nama sebenar Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia menerima kejutan itu ketika diajak keluar makan tengah hari bersama.

"Saya tak jangka pun dia nak bagi telefon bimbit itu, waktu itu saya tengah bekerja dia call ajak pergi makan sama-sama dan saya pun pergi ke lokasi penggambaran dia."

"Lepas makan, nak balik tu dia tiba-tiba bagi hadiah sempena pencapaian saya. Dia memang selalu cakap yang dia bangga dengan saya."

Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.

Dalam pada itu, Riena menganggap hadiah tersebut sebagai pembakar semangat untuk dia terus maju dalam kerjaya.


"Lagipun masa saya dapat tawaran teater (Andak Berandak), ikutkan saya tak nak tapi dia yang beri semangat dan saya pun buat. Lepas itu saya dapat jadi hos untuk pentas pula. Jadi hadiah ini sebagai semangat untuk saya."

Riena turut meletakkan foto mereka bersama sebagai gambar latar atau ‘wallpaper’ di telefon berkeenaan.

 

Sementara itu, Keith Foo berkata, telefon itu diberikan kepada Riena sebagai penghargaan kepada aktres itu kerana berjaya mencapai beberapa kejayaan sepanjang tahun ini.

"Saya bagi hadiah handphone untuk kegunaan dia juga. Tapi ia lebih kepada nak hargai dia dan saya pun rasa bangga dengan pencapaian dia tahun ini."

"Sebelum ini dia takut nak berlakon teater tapi dia sahut cabaran dan dapat jadi hos ABPBH36. Hadiah itu juga sebagai motivasi untuk dirinya menjadi lebih baik. Jangan berhenti sini sahaja, dia boleh jadi lebih baik."

Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 10-10-2024 08:12 AM
Bukan jeles ya RD. Percintaan anda dgn KF jgnlh dihambur2kn sangat. Kalau serasi, berjodohan, silalah nikah dn sailing menghalalkn. Layarilah percintaan secara berhemah, berakhir penuh hikmah. Pungpang2 heboh berkompang, takutkn nnti hubungan lum tentu jadi, berjemaah kena perli. Should learn from what is happening around.
Quote nordin84 10-10-2024 02:01 PM
kitpu tu da kertu riena,segeralah korg kawen..tp dlm cite salju tu xnmpk chemistry dorg..hebat lagi patah dan wana dlm LMT
Quote I.K.A888990 10-10-2024 05:43 PM
bagus lah dia ni berlakon dlm salju rindu..
mcm kakak adik dah tgk dia dgn emelda muka iras2 sgt..both dlm drama ni mmg best

yg rengsek si KF ni je haha
Quote noor2 10-10-2024 06:29 PM
X lama mana kalau mcm ni...
Quote SherryZass 10-10-2024 09:32 PM
Nanti kot lah kan, putuih tengah jalan, agak-agak hadiah tu pulang semula tak?
Quote Hoola 10-10-2024 09:38 PM
xyah expose sgtlah
diam2 sesama korg dah

kalu keith masuk isle dan nk jamu ns minyak,
ms tu jgn lupa jmput reporter.. dan warga porem;)
Quote sue_liah 11-10-2024 11:04 AM
retis ni kalau dh kaya sgt byk job ntah menyimpan ke idak

dah la masing2 gaya hidup mewah x mo kalah

esok2 dah tua2 merempat masih duk rumah sewa

masa bercinta kemain belanja mewah bagi hadiah mcm dh kawin esok2 rupanya sengkek  je

nak dpt job pun susah last2 cerai
Quote mizruncing 11-10-2024 11:07 AM
seronok betul dia dapat ipong latest ehh. kalau aku tak heran sangat pon sbb mampu beli kot laki tanya pon aku malas nk layan dah ipong2 ni walaupon 13 promax ku dah keluar line
Quote Perils 11-10-2024 10:57 PM
Moga hp yg dibagi hadiah tu dah hbs bayo le.bkn apa,tkt pape jd ungkit2 ujung2 kena byr bln2 kat "company" plak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.038595 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top