CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Foto tular anggota polis hisap rokok di restoran disiasat

9-10-2024 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41399| Komen: 38

 

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang didapati menghisap rokok di sebuah restoran di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan perkara itu menerusi foto tular di laman X hari ini.

“Foto tersebut memaparkan anggota polis peronda atau ‘mobile patrol vehicle’ (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya merokok di sebuah restoran.

“IPD Petaling Jaya telah membuka kertas siasatan tatertib berhubung pelanggaran undang-undang serta ketidakpatuhan prosedur operasi standard pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, polis tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.

Terdahulu, tular di laman X foto seorang anggota polis sedang merokok di sebuah premis makanan.


Hantaran tersebut turut memetik PDRM dan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan Akta Kawalan Produk Demi Kesihatan Awam 2024 yang berkuat kuasa sejak 2 Februari lalu.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-10-2024 12:55 AM
bunjutnya badan deols..
Quote Carcosa 10-10-2024 03:38 AM
Kalau kita tegur :
"Eh you org jgn pandai2 eh. U polis ke, i polis?? IC - IC"


Zaman skrg ni, ambik je gambar senyap2. Then report. Habis cerita. Takyah gaduh2. Ketua diam tak endahkan report, viralkan. Tu je. Baru ada akal. Kan.
Quote Thunderclouds 10-10-2024 06:31 AM
RUU Mopti senyum sinisss
Quote pearl.silver 10-10-2024 07:25 AM
Polis xleh merokok ke?
Quote newyork 10-10-2024 07:36 AM
Skrg zaman viral..buat silap sikit kena la kalau ada netizen tangkap gamboo..
Quote supernaturalee 10-10-2024 07:54 AM

rokok haram
so....




Quote Barebow77 10-10-2024 08:00 AM
Habis lah kau mat..siap ada bukti lagi..nak ngelat pon tarak boleh..


Quote shernazz 10-10-2024 08:09 AM
Kat kedai siam sini oung biasa la polis merokok..
Cumanya maybe sebab meja depa jauh dan kat luar kedai jadi yang makan situ tak endahkan kot...
Tapi tak kira siapa pung kalau merokok dlm kedai kasi snap je gambo...
Mende la ..asap tu busuk tau..
Nak makan nasi ke makan asap
Quote matseh 10-10-2024 08:49 AM
Kawan tu off duty kejap, itu pun nk viral. Padahal, dia berpanas, berhujan menjaga keselamatan org ramai.
Yg kerja opis pun break minum kopi, tgk HP. Bukan nya dia hembus ke muka korang pun.
Common sense dah di ganti dgn only viral sense. Stupid
Quote kakigebang 10-10-2024 08:56 AM
Skng ni nak merokok pun kena tfk tempat...smoking kat restoran is a no no...lebih2 lagi kalau pakai uniform....hadap je la
Quote s@s@ 10-10-2024 09:14 AM
ler ramai lagi ke yang x tau kedai makan tu no smoking area....
baru turun tongkang ka?
Quote duri_durians 10-10-2024 09:51 AM
matseh replied at 10-10-2024 08:49 AM
Kawan tu off duty kejap, itu pun nk viral. Padahal, dia berpanas, berhujan menjaga keselamatan org r ...

akta 852 dah berkuatkuasa 1 oktober.......
Quote pearl.silver 10-10-2024 09:53 AM
supernaturalee replied at 10-10-2024 07:54 AM
rokok haram
so....

Ooo lupa la pasal isu merokok kt restoran tu. Sbb yg highlight sini polis merokok
Jd tu yg fikir polis xleh merokok ke?

Quote sara_thrash 10-10-2024 10:13 AM
matseh replied at 10-10-2024 08:49 AM
Kawan tu off duty kejap, itu pun nk viral. Padahal, dia berpanas, berhujan menjaga keselamatan org r ...

Larangan merokok di premis makan telah diwartakan pada 1 Januari 2019. Ia melibatkan larangan di seluruh premis makan, baik restoran, rumah kedai, kedai kopi, kiosk atau gerai makan, kendera saji (food truck), tempat makan terbuka, kedai makan atas awan dan kedai makan dalam sungai.


So, who's stupid??


Quote manehnya 10-10-2024 10:27 AM
nayaa.. kena viral terus, adan uke
Quote matseh 10-10-2024 11:22 AM
sara_thrash replied at 10-10-2024 10:13 AM
Larangan merokok di premis makan telah diwartakan pada 1 Januari 2019. Ia melibatkan larangan di s ...

org yg kasi viral tu.
tak semua org jahat dan tak semua org baik.
Quote salimrock 10-10-2024 11:37 AM
kakigebang replied at 10-10-2024 08:56 AM
Skng ni nak merokok pun kena tfk tempat...smoking kat restoran is a no no...lebih2 lagi kalau pakai  ...

basic rule, budak kerja mc d pn dah diberi guide..

nak isap rokok kena buka uniform atau pakai vest tutup baju mc d,


polis pn patut cam tu


kadang2 aku rasa bagus juga restoran mekd ni disiplin kan para pekerja yg rata2 nya melayu

cuma bila dah keluar mekd ramai je yg mentaliti sama balik...


cuma ada la segelintir isap rokok di tempat di benarkan,

sebab tu la orang pandang negatif pada perokok,  aku kadang2 ok je tak isap rokok time opis, tp member2 plak ajak jom la jom la, pastu member ajak member, member dia ajak member, dah semua perokok keluar isap rokok... tinggal la akak2 makcik2 yg tak merokok,

nak 2 pulak yg keluar isap rokok tu awek, semua tetiba craving nak rokok...

yg tak isap rokok pn join skali...

tempat yg betul2 menitik berat kan disiplin perokok tempat yg pernah aku kerja la, sunway lagoon, ko boleh isap rokok time makan, dgn time break, di tempat yg diwartakan utk staff, tak boleh isap rokok pakai uniform di khalayak ramai, staff FNB aku dgr pn strict sebab sgt jarang aku tgk staff fnb dia isap rokok, kecuali abis tugas...

zaman 1999 dulu la, skrang tak tau la





Quote ketambangkang 10-10-2024 11:42 AM
halahhh pedehal...paling2 pon kena pindah johor
Quote salimrock 10-10-2024 11:54 AM
teringat zaman wa muda2 dulu dpt awek kerja penjawat awam pakai uniform, bila nak ringan2 dia cakap eh nnti la dulu, balik tukar uniform, dia ckp kalau pakai uniform tak elok buat benda2 tak elok...

dia cakap kene respect lambang yg ada di uniform...

ok la wa hormati pendirian dia, kita balik dulu... walopn jauh di sudut hati aku teringin juga nak cosplay...


dgn itu wa pn kena respect lambang tersebut dan menghormati para penjawat awam yg memakai nya...


Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.168326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top