CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Indonesia Bersorak Lihat Video Mat Saleh Dedah Realiti Sebenar Kebersihan Di Malaysia

9-10-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19260| Komen: 33|Original author: Abahmung

 


Boleh dikatakan bila bercakap perihal kebersihan, rakyat Malaysia sering mengganggap dirinya sudah habis berdisiplin dan sering membandingkan tahap kebersihan dengan negara jiran seperti Indonesia.

Namun, sejauh manakah kebenaran yang Malaysia lebih bersih dari negara Indonesia yang selama dicanang-canang oleh kita?

Sekian lama polemik ini dimainkan, seorang mat saleh lalu membedah kebenaran kenyataan itu dengan menjelajah ke serata Malaysia untuk melihat sendiri tahap kebersihan di dalam kehidupan sebenar.

Menurut lelaki itu, pada dasarnya Malaysia memang tampak bersih tetapi realitinya apabila sudah pergi ke Borneo dan beberapa kawasan lain di Malaysia memperlihatkan keadaan persekitaran dipenuhi sampah-sarap dan tidak seperti sebersih yang didakwa.

“Di sini aku melihat orang ramai membuang sampah sembarangan di jalanan. Dan di lautnya sangat banyak polusi sampah,” katanya sambil menunjukkan keadaan sebenar di video tersebut.

Dakwaan rakyat Malaysia bahawa himpunan sampah di sini adalah berpunca dari pendatang dan pelancong luar adalah tidak tepat sama sekali. Bagi dirinya,  dia berpendapat rakyat Malaysia  juga sama seperti orang-orang di Asia Tenggara lain.

Tambahnya lagi, perkara ini terjadi kerana rakyat Malaysia terlalu banyak menggunakan beg plastik serta tidak mempunyai sistem pengendalian sampah yang efisien.

Dalam pada itu, dia menegaskan ini perkara ini bukanlah satu perdebatan dalam mencari siapa yang lebih kotor di antara Malaysia atau Indonesia tetapi lebih mendedahkan punca sebenar datang dari sikap individu itu sendiri yang tidak menjaga kebersihan persekitaran.

“Jadi, ini bukan tentang siapa yang lebih kotor antara Malaysia atau Indonesia. Ini tentang kebiasaan kita,” katanya lagi.

@bulesampah
Apakah negara Malaysia lebih bersih dari Indonesia ?
♬ original sound – Bule Sampah – Bule Sampah




Perkongsian video tersebut langsung menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi dari Indonesia di mana mereka tampil gembira dengan pendedahan realiti sebenar tahap kebersihan Malaysia yang selama ini hanya menunding jari ke arah orang lain sambil menuduh jadi punca masalah sampah di sini.




Sumber Gambar: TikTok


Walaupun kenyataan tersebut pahit ditelan oleh warga tempatan, sebahagian netizen tempatan tampil bersetuju dengan perkongsian mat saleh tersebut bahawa kesedaran dalam perihal kebersihan masih rendah dikalangan rakyat Malaysia.


Sumber -thevocket.com




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-10-2024 12:15 PM
realitasnya begitulah sis, namun iols percaya je yang suka menyepah gitu tak lain tak bukan warga bangla, indon, yenna, rakhine, dan leluhur yang bersangkutan. Sebab memang selalu iols nampak diorang main lempar je sampah merata depan mata. Rasa macam dah jadi tabiat.

btw, ummah malingsia tak se-kemperoh ummah indogsial iya...
Quote SalenaGomez 9-10-2024 12:21 PM
Jauh mat saleh ni pegi sampai sarawak eh

Btw mmg ada je tempat yg x bersih tapi perlu ke nak banding kan 2 negara tu. Mmg saje nak mengundang kan. Mat saleh ni saje nak cari makan. Dtg region ni nak laga2 kan negara sini.  Nak bgtau pasal kotor, bgtau je lah.
Quote ninja boy 9-10-2024 12:30 PM
Ingat warga pantai timur buang sampah sepanjang jalan
Quote tripleid 9-10-2024 12:42 PM
Edited by tripleid at 9-10-2024 01:15 PM

Sama 2x5 je indon dgn malaya dua2 jenis pengotor.dah nama pon serumpun khenn..

hanat tul ye pangai buat sungai laut mcm tong sampah camtu


Bagus jgk mat saleh ni buat video gini...baru la ummah jadi insoff reti sikit nak jaga kebersihan

Quote duri_durians 9-10-2024 12:43 PM
tengok chow kit je cukup. pastu tengok siapa yg banyak kat chow kit tu.
Quote batmana 9-10-2024 12:45 PM
tu mat salleh indon ler
saje create viral, pi tmpt kg laut tkde ic buat apa?
bodo juga dia
Quote cmf_almondpecan 9-10-2024 01:02 PM
Takde ke orang teasing Indonesians yang komen ni bahawa kotoran kat Malaysia disebabkan oleh jutaan rakyat diaorang yang ada kat sini? Hahaha. Gurau saja.
Quote rykall 9-10-2024 01:28 PM
Yang kotorkan Malaysia pun PATI juga. Hakikat yg x dpt dipisahkan dan pastinya x akan diakui oleh Indon tu juga.
Quote Herlina 9-10-2024 01:43 PM
hyie replied at 9-10-2024 12:15 PM
realitasnya begitulah sis, namun iols percaya je yang suka menyepah gitu tak lain tak bukan warga ba ...

Tu la..disebabkan perangai kecaprutan deme tu, negara kita yg kena...pastu bila org komen, deme lak tumpang bersorak.
Contoh kat kejiranan saya je la...dah bertahun duduk sini beranak cucu....peel pengotor golongan caprut tak leh kikis.
Asal kita sapu laman, longgok daun kering dan bakar...terus deme jadikan tempat buang sampah termasukla tilam, kerusi buruk bagai.
Tu belum campak segala sampah kat sungai  lagi ...dah DBKL sediakan tong sampah sebesar alam lagi la MALAS nak berjalan selangkah dua ke tong sampah tu.
Quote ezacbee 9-10-2024 01:51 PM
Camla negara dia bersih.

Quote FOTHER-MUCKER 9-10-2024 04:45 PM
Nak tengok kotor ataupun tak kotor pergi ke lorong lorong di bukit bintang dan chawkit. Gambar divawah ni tak Silap saya di chawkit kerana beberapa minggu lepas saya ada tengok




Quote bottombikini 9-10-2024 07:01 PM
puak2 dia gak yg buat kotor serupa jakarta
lagi mau megah
Quote Decaffeinated 9-10-2024 08:36 PM
Nak tau Malaysia ni kotor tak kotor, try bagi cleaner indon bangla cuti seminggu

Quote hyie 9-10-2024 10:29 PM
Herlina replied at 9-10-2024 01:43 PM
Tu la..disebabkan perangai kecaprutan deme tu, negara kita yg kena...pastu bila org komen, deme la ...

ye lah sis, atas rumah meols ni rohingya, asik dok lempar sampah je dari tingkap/balkoni rumah dia. Air pun jirus je ke bawah padehal sinki sebelah ketiak je. Dasar pengotor sangat. Meols pun dah tak kuasa nak tazkirah theyols yach. Hari ni sikat anak dia pulak dia lempar kat depan rumah iols..anjayyy
Quote fatinandreanna 9-10-2024 11:12 PM
cmf_almondpecan replied at 9-10-2024 01:02 PM
Takde ke orang teasing Indonesians yang komen ni bahawa kotoran kat Malaysia disebabkan oleh jutaan  ...

Memang betul pun. Especially yg tinggal bilik sewa kat shoplot tu. Sampah main campak je dari tingkap atas ke bawah.
Quote dua_chzy 9-10-2024 11:21 PM
Ko pigi la Kampung Air kan banyak2 tempat Kampung Air tu laaaaaaa jadik bahaaannnnnn

Korang tau kan Kampung Air tu sapa dok situuuhhhhhhhhh
Quote dua_chzy 9-10-2024 11:22 PM
FOTHER-MUCKER replied at 9-10-2024 08:45 AM
Nak tengok kotor ataupun tak kotor pergi ke lorong lorong di bukit bintang dan chawkit. Gambar divaw ...

Chow Kit poreber kotor udah tercop sana dark area. BB pun. Shady and darkkkkkk
Quote PULANGKAN 10-10-2024 12:11 AM
batmana replied at 9-10-2024 12:45 PM
tu mat salleh indon ler
saje create viral, pi tmpt kg laut tkde ic buat apa?
bodo juga dia

ini yang Iols dok cakap dari duluMalaysia dan Indonesia, jadi bahan laga geng-geng nak cepat viral. yang buat video kejar likes dan reshare

ni bukan benda baru. dah banyak kali jadi. Malaysia Indonesia bertekak bergaduh kat internet, diorang gelak la, followers dan klik banyak. CLICKBAIT. esok lusa, orang lain pulak buat video provoke, laga, tanya benda bodoh, lepas tu netizen Malaysia Indonesia bergaduh lagi. ulang ulang ulang ulang ulang sampai la abang jamil mampos

pernah Iols bangkitkan dalam forum ni jugak, kena bash dek forumer lain kata delusional. haiyoo
Quote FOTHER-MUCKER 10-10-2024 04:44 AM
dua_chzy replied at 9-10-2024 07:22 AM
Chow Kit poreber kotor udah tercop sana dark area. BB pun. Shady and darkkkkkk

Lebih ramai yang buat content tentang kebersihan dan adakah kl wheelchair/stroller friendly dan juga Saya tengok di YouTube pavement Rosak/pecah/ terlalu Sempit dan juga di jadikan tempat meletak motosikal lagi bagus untuk membuka mata pihak berkuasa. Saya tidak tau kenapa dbkl tidak mau belajar dari Singapore. Siapa yang tidak suka kepada yang memviralkan tu anggap sahaja pemikiran mereka tu tak jauh beza dengan saudara mereka di negara sebelah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045732 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top