CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Pertuduhan Rasuah RM 2.8 Juta : Keputusan Rayuan Pembebasan Bung Moktar, Zizie Pada 18 November Ini

9-10-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25548| Komen: 5

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 18 November ini bagi keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu selepas selesai meneliti hujahan bertulis dan hujahan lisan daripada kedua-dua belah pihak.

“Kami akan memberi tarikh keputusan dan tarikh yang akan diberikan pada 18 November,” kata hakim Ahmad Zaidi.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin.

Semasa prosiding pendakwaan selaku perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Maziah Mohaidi manakala peguam M.Athimulan dan Datuk Seri K.Kumaraendran masing – masing mewakili Bung dan Zizie.


Terdahulu pada awal prosiding Maziah memaklumkan bahawa TPR yang mengetuai rayuan iaitu Low Chin How tidak dapat hadir kerana cuti sakit.

“Pada hari ini saya berhasrat untuk menangguhkan bagi bicara rayuan ini. Bagaiamanapun seperi yang dimaklumkan bahawa penangguhan tidak dibenarkan.

“Selepas mendapat arahan daripada pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan sekiranya mahkamah ingin meneruskan rayuan pihak perayu (pendakwaan ) akan menggunakan sepenuhnya hujahan bertulis yang telah difailkan pada 20 Jun lalu” kata Maziah.

Pada 7 September tahun lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dibebaskan setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.

Pihak Pendakwaan kemudian memfailkan rayuan pada 18 September tahun yang sama.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette, 46, di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Pertuduhan ketiga Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015.

Dalam pada itu Zizie Izette turut didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Sebelum ini, pihak pendakwaan menyenaraikan tujuh alasan dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan pasangan suami isteri itu selaku responden.

Pendakwaan berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menjalankan bidang kuasa semakan apabila membebaskan pasangan terbabit, selepas Mahkamah Sesyen memberi penilaian maksimum terhadap keterangan ketika kes pendakwaan.


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 9-10-2024 03:11 PM
gambo bila tu, masih comey zizie di situ
Quote Kitty_catz 9-10-2024 04:26 PM
awat temfek gambo sblm renovet?

muka skang cam pondan lorong hj taib
Quote suri33 9-10-2024 05:05 PM
Lepas lettuw.
Quote edayildiz 9-10-2024 05:18 PM
gambar atas tu dah mcm pelakon korea laki sheols ni
Quote supernaturalee 9-10-2024 05:32 PM
mata pun dh nk tutup rapat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043892 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top