Pernah putus tunang dan dua kali kecundang dalam perkahwinan, pelakon Erra Fazira dipuji netizen apabila tidak pernah sekelumit pun mendedahkan mahupun menyebarkan aib bekas pasangan. Menerusi hantaran aplikasi Threads, seorang individu berkata, tidak pernah mendengar Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, memburuk-burukkan lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya hingga ke hari ini. “Bagusnya dia, pernah sekali putus tunang, dua kali mengalami kegagalan rumah tangga. “Tetapi tak pernah sekali pun dengar dia buka aib lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Baik bekas tunang mahu pun bekas suami,” katanya. Kenyataan tersebut meraih respons positif orang ramai yang sependapat dengan individu terbabit. Penyanyi yang turut digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu turut disifatkan sebagai wanita yang berada dalam kelas tersendiri.
Malah, kematangan pemikirannya menyebabkan hal dalaman terutama punca putus tunang mahupun perceraian tersimpan kemas tanpa diketahui orang luar. “Erra lebih ‘high class’. Kematangan fikiran dia itu yang mencerminkan peribadinya,” tulis seorang peminat. “Dia punya senyap tu sampai kita lupa dia pernah jadi isteri (Datuk) Yusry,” komen seorang pengguna media sosial. “Sampai sekarang kita tak tahu kenapa dia putus tunang atau punca dia bercerai,” ujar netizen lain. Terdahulu, Ratu Cantik Malaysia/World 1992 itu pernah menjadi tunangan penyanyi Datuk Awie, namun ikatan mereka putus pada 1998 iaitu selepas dua tahun ‘diikat’. Pada 2003, Erra bergelar isteri kepada penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim tetapi jodoh mereka ternoktah tiga tahun kemudian. Setahun selepas itu, dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun. Begitupun, selepas tujuh tahun melayari kehidupan bersama-sama, pasangan terbabit memilih haluan sendiri. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Nizleen86 replied at 9-10-2024 04:55 PM
Kalau her exes semua bukak cerita mau sembunyi tak nampak bayang dah kak ratu nih.
pocongkiutss replied at 9-10-2024 04:56 PM
Tula..ug patut DIPUJI tu EX DIA..bukan dia!
red_velvet replied at 9-10-2024 05:02 PM
Kaka erra memanglah tak sesuci embun pagi, tapi sheols layak la dapat kredit hasil tak mengepoh memb ...
aemon replied at 9-10-2024 05:10 PM
sorry le..baik lagi ziana zain mmg katup habis sampai la lama sikit buka cite cerai sbb kena dera.
...
syamzana replied at 9-10-2024 06:03 PM
opkos la katup rapat2 natikan buka sikit je mulut bertubi2 segala maknenek keluar dari exs semua:lol ...
pocongkiutss replied at 9-10-2024 06:11 PM
Iols rasa mcm tak aci miss fake ..neelofake je dpt gelaran fake fake tu semua..padahal dia ni ratu ...
ADVERTISEMENT