CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama Media Prima

9-10-2024 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39295| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR: Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB), syarikat pelaburan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama dalam syarikat media bersepadu, Media Prima Bhd (Media Prima) dengan kepentingan langsung sebanyak 31.9 peratus.

Media Prima dalam satu kenyataan berkata, AMSB dalam satu surat mengesahkan ia masih memegang kepentingan langsung sebanyak 353,815,941 saham (31.9 peratus) dalam Media Prima dan Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam Media Prima melalui pemilikan sahamnya dalam AMSB.

"Penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman Media Prima kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024," katanya.

Kenyataan ini dibuat berikutan tiga pengumuman Media Prima semalam kepada Bursa Malaysia bertajuk 'Notice Of Person Ceasing To Be Substantial Shareholder Pursuant To Section 139 Of The CA 2016'.


Rentetan daripada pengumuman itu, beberapa media melaporkan AMSB telah melupuskan 353,815,941 juta saham dalam Media Prima Bhd dan tidak lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam Media Prima.

Susulan itu, AMSB dalam suratnya menjelaskan mengenai struktur pegangan sahamnya berkaitan dengan penamatan Sutera Bakti Sdn Bhd (SBSB), Tradewinds Group (M) Sdn Bhd (TGM) dan Restu Jernih Sdn Bhd (RJSB) sebagai pemegang saham utama tidak langsung Media Prima melalui kepentingan mereka di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat 2016 dalam AMSB.

Media Prima berkata, penamatan kepentingan yang disebutkan dalam pengumuman itu telah disalah tafsir sebagai bermaksud AMSB dan secara tidak langsung Syed Mokhtar bukan lagi menjadi pemegang saham utama syarikat.

AMSB menjadi pemegang saham utama dalam Media Prima apabila ia memperoleh 31.9 peratus pegangan pada Oktober 2019.

Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Media Prima adalah syarikat peneraju media bersepadu sepenuhnya di Malaysia yang lengkap dengan perniagaan berkaitan media dalam televisyen, percetakan, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan, media digital, perdagangan dan pengiklanan.



Sumber - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042609 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top