CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sajat Nasihat Netizen Beri Fazura & Fattah Ruang Selepas Bercerai – ‘Over’ Betul Korang Ini, Perangai Macam Lalang"

9-10-2024 12:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40278| Komen: 42

 


Pempengaruh dan usahawan, Nur Sajat meluahkan rasa geram dengan segelintir netizen yang diibaratkan suka ‘menambah’ bara terhadap kes penceraian selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menitipkan pesanan buat orang ramai untuk memberikan ruang kepada Fattah dan Fazura yang baru sahaja selesai menjalani proses penceraian.

"Selama ini aku tengok Fazura dan Fattah tak ada langsung gosip fasal diorang."

"Pada saya, mereka berdua ini adalah selebriti yang sangat eksklusif dan diaorang pun bukan jenis artis yang suka canang dan jaja cerita sana-sini."

"Tapi korang (netizen) yang paksa dia bercakap lepas itu, bila dia bercakap korang kata dia ‘play victim’ pula."

"Tolonglah bagi Fattah dan Fazura ruang, bukannya tambah benda bagi benda lagi jadi panas. Aku baca pun, ‘Astaghfirullah’."

 
Tambah Sajat, dia juga menyifatkan segelintir netizen sebagai ‘lalang’ kerana dengan sewenang-wenangnya mahu memboikot bisnes tudung yang diusahakan Fazura.

‘Over’ betul korang ini, perangai macam lalang."

"Siap ada yang nak boikot bisnes tudung dia. Habis kalau korang boikot tak nak ‘support’, korang nak suruh dia buat apa?"

"Tapi kalau orang tak nak ‘support’ pun Fazura pun, dia lawa. Petik ja jari, ramai yang nak dia."


Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.



Sumber — Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-10-2024 01:04 AM
Hah! Kan bamjat dah bersuara tu!
Quote nolya 9-10-2024 02:32 AM
Ni gambar bila ni?  Pelik sudah ku lihat wajahnya? Muka bedak bercapok2, kening tinggi sebelah dn mulut pula senget. Biar betul ko Sajat.
Quote ezacbee 9-10-2024 03:13 AM
Betul cakap sajat. Orang kita bab menganjing no 1.. Dah bercerai full stop. Xpayah kita nak komen ke perli ke apa..


Kat tt bersepah fyp pasal duit raya laa, amber laa, boikot laa.. Siap ber# bagai.. Sokong Team mana laa.. Nak xnak aku terpaksa tekan not interested.

Quote noor2 9-10-2024 05:04 AM
Huduhla muka dia ni..nk kata lelaki x mcm lelaki...nk kata perempuan x mcm perempuan...ubah lagi kejadian Allah
Quote emera 9-10-2024 05:49 AM
Betul tu bamjat!
Quote NickBaru1 9-10-2024 07:09 AM
Kerasnya air muka dalam gambar kat atas tu. Terserlah kejantanan.
Moga kembali kepada fitrah. Haa gitu meols ber-moga
Quote Kurex 9-10-2024 07:19 AM
ingatkan cheta dah kembali free hair
Quote L.U.S.M 9-10-2024 12:43 PM
Asal pelat naw si sajat ni

Btw ponen mmg semua side si fake..expected dah
Quote Ai_kiu 9-10-2024 01:24 PM
Jatt even ko rasa terkesan kaka fazz cerai, jgn la emo sgt membawak ke muka mcm ko pulak kena cerai
Quote KakRumiMenari 9-10-2024 01:35 PM
Dia ni nasihatkan netizen ke.. hujung2 ayat tu mcm nasihatkan fazura/fattah je hahaha tak pelik bukan sajat la
Quote mrsLucky 9-10-2024 02:03 PM
Sis Sajad...makin naik usia...makin terserlah muka lelaki...
Quote ekselen 9-10-2024 02:15 PM
walopon iols terkejut tgk muka bam jat tp betul la tu.. netizen cam lalang... japgi org tu berubah jadi baik netizen pun pulun puji bagai nk rak..lupa kata2 nista yg penah dilemparkan... tingat dulu netizen komen puji2an faz ni humble la.. bla bla pakai henbeg mahal,pakai jam tgk mahal tp x menunjuk.. skang salah sikit amik kaww semua pakat2 keji smpai lupa diri memasing.. walhal dia pun mcm kita manusia serba kekurangan.. anggap lah tu ujian dia... skang netizen dok pakat puji melambung nora danish berubah dah jadik lebih baik dr org lain bla bla bla... perghhhh...dah mcm dewa2 plk mcm xde kekurangan walhal sblm ni sheols pun byk kena kecam..nk kata baik sgt pun x la jgk.. lain  kali puji jgn lebih2, keji pun jgn over the rainbow sgt... kita,semua pun sama je bkn malaikat bkn Tuhan.. apa2 yg berlaku kt org lain tu kita ambik ikhtibar, sambil2 tu doakan baik2 utk org lain... apa yg kita doa baik utk org kita pun insyaAllah dpt kebaikan jgk... dpt belajar sesuatu, muhasabah diri ye dak.. donemodesetazah
Quote Cyempaka 9-10-2024 02:28 PM
Aku baca tajuk je reply ni
Betul tu, over betul ya netizen.  Yg beratur ambik no nak tekel fattah la yg nk compare dgn laki sendiri la.
Mencapup pun xkalah.. dr retis, ustad, pakar motivati.
Aku harap derang rujuk blk.. pdn muka netizen over
Quote Zeatyisaac 9-10-2024 03:13 PM
Betul apa bamjat cakap. Dia sendiri pun ada krisis identiti, apa hal sangatlah sekadar krisis rumahtangga tu.
Quote uda 9-10-2024 06:06 PM
I setuju dengan bangjat. Now dia betul2 'talk'
Quote ashilalat 9-10-2024 06:11 PM
Huduhnya gamba..yg huduh² je sokong fakezura ni.
Quote sleepandream 9-10-2024 06:58 PM
yelaaa kena la tiru macam bang jat berapa ratus kali tukar pasangan pun tak mengungkit khennnn... mahkamah syariah panggil pun tak pegi... choiiiii
Quote dua_chzy 9-10-2024 07:00 PM
SOKOMMMM BAMJATTTT ALAHHHHHH tetiba la pula kena sokong sebabb setuju tau.
Quote caprisonne 9-10-2024 07:14 PM
Team bamjat! Sokonggg

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top