Meskipun sudah enam tahun membina mahligai cinta bersama suami, pelakon Raja Ilya mengakui kehidupan berumah tangga bukanlah mudah malah penuh dengan pancaroba. Pun begitu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, berkata, onak duri tersebut mampu didepani andai wujud toleransi antara pasangan selain banyak berdoa kepada Tuhan. “Perkahwinan tidak mudah! Ia tidak pernah mudah. Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya selama enam tahun. “Perjalanan dua orang bersatu penuh dengan cabaran, tetapi dengan meletakkan Tuhan di tengah, segalanya mungkin menjadi baik. “Sepanjang menyelusuri ujian, kekuatan sebenar ditemui dengan berserah kepada kehendak-Nya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Mendahulukan agama dalam setiap keputusan, pelakon filem Appalam itu berpendapat, hubungan suami isteri akan menjadi lebih utuh sekiranya kedua-dua pasangan berpasak pada pegangan itu.
“Meletakkan Tuhan sebagai asas, pasangan boleh mengatasi setiap badai dan bangkit dalam kasih sayang. “Dengan cara itu, kita menjadi lebih kuat dalam iman, lebih mendalam dalam cinta, dan lebih bersatu demi tujuan,” jelasnya.
|
rainbowrainz: Meletakkan Tuhan ditengah????k ...
anilanil replied at 8-10-2024 10:33 PM
Acik remilah dah ada upload blom gambar akad nikah yg salam tok kadi? Dah lama cari tak jumpa.
riyadhK replied at 8-10-2024 10:36 PM
Jaga cikpek sendiri la begum
ADVERTISEMENT