CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan isu sewaan Black Hawk diketahui akhir bulan ini - Kementerian Pertahanan

9-10-2024 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37275| Komen: 0

 


LUMUT – Kementerian Pertahanan akan membuat keputusan akhir bulan ini mengenai kedudukan syarikat kontraktor yang sehingga kini masih gagal membekalkan empat helikopter Black Hawk untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Timbalan Menterinya, Adly Zahari, berkata syarikat tersebut telah diberi tambahan masa sehingga akhir bulan ini untuk membekalkan helikopter pengganti kepada Sikorsky S-61A-4 atau Nuri yang telah dilucut tauliah pada 2020 itu.

“Ia sebenarnya adalah sewaan jadi kita terikat dengan beberapa terma kontrak, sebab itu kita beri tempoh lanjutan bagi memberikan ruang kepada kontraktor untuk menyelesaikan isu tersebut

“Jadi, kita akan buat penilaian sehingga hujung bulan ini sama ada boleh diserahkan ataupun sebaliknya.

“Jika kontraktor masih gagal, kita akan buat keputusan (sama ada ditamatkan kontrak). Kita kena tunggu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Sukan Elektronik (e-sports) Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.


 

Semalam, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mempertikaikan keputusan kerajaan menggunakan syarikat kontraktor untuk menyewa Black Hawk.

Beliau dipetik berkata, Kementerian Pertahanan sebenarnya boleh mendapatkan Black Hawk secara ‘kerajaan kepada kerajaan’ (G2G) sama ada melalui kaedah Jualan Tentera Asing (FMS) atau ‘excess defense articles’ (EDA) daripada syarikat Sikorsky tanpa perlu pembabitan orang tengah.

Menurut Adly, penggunaan orang tengah atau kontraktor dalam perolehan kerajaan adalah perkara biasa dilakukan sebelum ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.022976 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top