BERN – Sepasukan pakar bedah di Switzerland menjadi sensasi internet apabila berjaya melakukan pembedahan endoskopik jarak jauh dengan menggunakan konsol kawalan permainan video popular, PlayStation 5 (PS5), lapor portal berita IGN semalam. Prosedur itu dilakukan ke atas seekor babi yang berada di Hong Kong. Mereka menggunakan alat kawalan permainan PS5 DualSense dan PlayStation Move. Ia membolehkan pakar-pakar bedah melakukan pembedahan dengan kawalan penuh, meskipun berada pada jarak 9,304 kilometer. Penolong Profesor Jabatan Pembedahan CU Medicine, Shannon Melissa Chan berkata, prosedur itu bukan sahaja menawarkan latihan pembedahan jarak jauh, malah ia mampu memberi akses segera di kawasan terpencil. “Terutamanya apabila kawasan itu kekurangan pakar bedah. Mereka boleh mengarahkan jururawat terlatih untuk membantu dalam prosedur pembedahan,” tambahnya.
Kejayaan tersebut merupakan kerjasama antara Fakulti Perubatan Universiti China Hong Kong dan ETH Zurich.- AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
Tinot7 replied at 8-10-2024 06:17 AM
Surgeri apa yg dibuat?
Dwdrum replied at 9-10-2024 08:58 AM
Endoscopy procedure kepada babi lah... Apabila reporter translate jadi lain... Aku rasa experiment ...
Tinot7 replied at 8-10-2024 05:05 PM
Endoskopi apa.. itu soklan iols.. rasa mcm ada byk jenis..
Ka exploratory jahh?
Tinot7 replied at 9-10-2024 09:05 AM
Endoskopi apa.. itu soklan iols.. rasa mcm ada byk jenis..
Ka exploratory jahh?
Dwdrum replied at 9-10-2024 09:07 AM
Yang aku baca itu saja... Depa study potential di guna kan voleh remote untuk long distance
Thunderclouds replied at 9-10-2024 09:11 AM
Depa x elaborate kaka. Cuma habaq endoscopic procedure ja.
Tinot7 replied at 9-10-2024 09:39 AM
Sbb tu takleh imejin..
Kalau sekadar masuk skop, tgk2 dlm badan babi, kira achievement jugak sbb ...
Thunderclouds replied at 9-10-2024 11:44 AM
Alaa..
Jgn ler rogol tered ni kaka tinot
Tinot7 replied at 8-10-2024 05:36 PM
Sbb tu iols takleh imejin apa deme buat..
Tinot7 replied at 9-10-2024 09:39 AM
Sbb tu takleh imejin..
Kalau sekadar masuk skop, tgk2 dlm badan babi, kira achievement jugak sbb ...
Dwdrum replied at 10-10-2024 05:25 AM
Depa demo endoscope (screen device black itu) itu connect dengan PS5 saja... study untuk long rang ...
ADVERTISEMENT