CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini masa paling sesuai hapuskan subsidi petrol RON95, Putrajaya diberitahu

8-10-2024 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28288| Komen: 22|Original author: EJALTI

 
 


Harga pam untuk petrol RON95 ketika ini pada 2.05 seliter disebabkan subsidi, dan dijangka akan melonjak sekiranya kerajaan meneruskan rancangannya menghapuskan subsidi semua bahan api kenderaan.

Di sebalik konflik yang semakin tersebar di Timur Tengah, harga minyak dilihat masih belum menunjukkan kenaikan sepertimana berlaku pada perang terdahulu.

Konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah dan kemungkinan harga minyak mentah akan naik menimbulkan persoalan sama ada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan meneruskan rancangan menghapuskan subsidi petrol, empat bulan selepas kerajaan membatalkan subsidi diesel yang menyaksikan lonjakan harga pam sebanyak 55% di seluruh Semenanjung Malaysia.

Penganalisis bagaimanapun percaya kestabilan harga minyak mentah ketika ini, walaupun negara pengeluar minyak utama semakin menuju ke arah konflik terbesar sejak berakhirnya perang Iraq dua dekad lalu, menawarkan peluang terbaik untuk kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi untuk RON95, jenis petrol yang digunakan majoriti kenderaan persendirian di Malaysia.

Pakar ekonomi Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah global kekal stabil, walaupun minyak mentah Brent meningkat AS$3 kepada AS$74 sehari selepas serangan peluru berpandu Iran di Tel Aviv awal bulan ini.

Nilai ringgit yang semakin naik dalam beberapa minggu kebelakangan ini turut membantu menurunkan harga runcit petrol, katanya.

Beliau berkata berdasarkan harga semasa minyak mentah Brent RM2.83 seliter, harga RON95 tanpa subsidi akan berada di bawah paras RM3 seliter, walaupun tiada anggaran tepat diberikan.

Ini masih jauh lebih murah berbanding April lalu, ketika RON95 tanpa subsidi berharga RM3.60 seliter, apabila kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak subsidi untuk menstabilkan harga di pam.

Afzanizam berkata keadaan semasa ini merupakan peluang terbaik kepada kerajaan untuk melaksanakan penghapusan subsidi untuk RON95, rancangan yang lama tertangguh.

"Kedudukan harga minyak pasaran adalah begitu kondusif sekiranya kerajaan berhasrat untuk mengurangkan subsidi pada ketika ini kerana perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi adalah terkecil semenjak tahun 2022," kata Afzanizam, yang merupakan ketua ekonomi di Bank Muamalat.

Harga minyak global sering menjadi tumpuan setiap kali perang dan konflik meletus di Timur Tengah, di mana harga melambung naik ketika Revolusi Islam Iran pada 1979, disusuli Perang Iran-Iraq selama lapan tahun, pencerobohan Kuwait pada 1990, pencerobohan Iraq pada 2003 dan kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab sekitar 2010-2011.

Kerajaan ketika ini masih mengekalkan subsidi untuk RON95, menjadikan harga di pam pada RM2.05 seliter, manakala petrol gred lebih tinggi RON97 tidak menerima subsidi dan kini berharga RM3.19 seliter.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi pukal bagi diesel menyebabkan harga di stesen minyak melonjak kepada RM3.35 seliter.

Tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai, ditambah dengan kenyataan beberapa sektor perniagaan yang berkata mereka tidak dapat menjamin harga barangan dan perkhidmatan akan kekal sama, walaupun langkah diambil bagi memastikan subsidi disasarkan untuk beberapa industri.

Rasa tidak puas hati itu tidak diendahkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang berkata kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membatalkan subsidi bagi RON95.

"Kami akan mengumumkannya seperti mana kami buat kejutan mengenai diesel. Selepas kejutan mengenai diesel, orang ramai boleh bersiap sedia untuk satu lagi kejutan," katanya dalam wawancara bersama Bloomberg pada Jun.

Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Anwar dijangka akan menghuraikan butiran mengenai penstrukturan semula subsidi untuk petrol RON95.

Sementara itu, penganalisis Doris Liew dari badan pemikir IDEAS Malaysia berkata sebagai pengimport minyak mentah dan produk petroleum, Malaysia berdepan cabaran besar jika harga minyak terus meningkat akibat konflik Timur Tengah.

Beliau berkata defisit fiskal akan meningkat jika subsidi petrol tidak dimansuhkan.

Pada masa sama, Liew memberi amaran tentang peningkatan inflasi dan kos sara hidup jika kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi bagi RON95.

"Dengan tekanan yang bertentangan ini, penghapusan subsidi petrol secara berperingkat mungkin menjadi pendekatan terbaik. Langkah ini dapat membantu mengurangkan kesan kepada pengguna sambil perlahan-lahan mengurangkan beban subsidi kerajaan.

"Namun, jika harga minyak terus meningkat, pelaksanaan strategi ini mungkin akan menghadapi cabaran yang lebih besar," katanya.


Sumber : Malaysianow


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?
Quote gigahertz 8-10-2024 08:25 PM
white_musk replied at 8-10-2024 11:45 AM
Apa persediaan adik2 sekalian?

Meniaga pakai USD
Quote insulin 8-10-2024 08:30 PM
white_musk replied at 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?

Buat loan untuk beli motor.
Quote ninja boy 8-10-2024 08:49 PM
Kerja <5km dari rumah, kawen mil bini <5km dari rumah, parking dpn tnb, rumah depan sekolah/masjid/kedai, beranak 2 cukup la 3 bilik
Quote syamzana 8-10-2024 09:10 PM
white_musk replied at 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?

dok rumah diam2
Quote makiting 8-10-2024 11:20 PM
Ok next
Quote Skuau 8-10-2024 11:36 PM
white_musk replied at 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?

pelihara/bela anak kuda...
Quote Akalditipumata 9-10-2024 12:03 AM
ninja boy replied at 8-10-2024 08:49 PM
Kerja

Mcm Aku je ni.. ???????? haha.
Quote Orix 9-10-2024 12:16 AM
Iols lebih berminat nak tahu PADU yg duk ugut suh isi bg tarikh tutup bagai semua tu, apa function nya skrg ni ????
Quote vespa_oren 9-10-2024 05:30 AM
Skrg memang naik motor gie kerja, semalam balik rumah pastu ambil anak kt sekolah, hntr balik rumah, pastu hntr org rmh gie kerja pastu patah balik tempat kerja, semua selesai dlm masa sejam
Quote Firenzza 9-10-2024 06:52 AM
Orix replied at 9-10-2024 12:16 AM
Iols lebih berminat nak tahu PADU yg duk ugut suh isi bg tarikh tutup bagai semua tu, apa function n ...

Aritu ada lalu lalang kt tt, padu ni dh dibatalkan....ntah ye ke idok tak tahu le.....belanja billion2 yg untung kroni lapiji dpt duit free
Quote TeropongThaico 9-10-2024 07:03 AM
white_musk replied at 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?

Tengah prepare anak untuk ambil lesen motor. Kos ulang alik bakalan kurang nnt & diapun boleh le ke mana2 tanpa bergantung ke kita. Tapi tu le kena all out le nak mengajar basikal pun baru pandai...
Kereta simpan buat tukun
Quote L.U.S.M 9-10-2024 08:17 AM
Yg batal tu xsilap utk isi data myjpj apps by 10oct
Quote Tinot7 9-10-2024 08:55 AM
Keje tambah bini baru tanggung mkn pakai
Quote s@s@ 9-10-2024 09:20 AM
shabery chik tersenyum sinis
Quote Decaffeinated 9-10-2024 09:25 AM
Best.

Antara kesan yang aku harap jalan jadi kosong tak perlu naik hwy tol boleh cruise jln biasa happy2 dgn ron97
Quote areyam 9-10-2024 09:41 AM
Harap boleh berkurung cam PKP dulu... sebulan sekali jer jalan2 ... ke Mall atau picnic...
Quote ifanonline 9-10-2024 09:42 AM
white_musk replied at 8-10-2024 07:45 PM
Apa persediaan adik2 sekalian?

berjimak non-stop
Quote white_musk 9-10-2024 11:34 AM

dengan andartu ke ipan?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049224 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top