CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 termasuk Inspektor ditukar kes parti dalam IPD - “Semua ditukarkan…ada yang pergi (dipindahkan) ke Johor dan Kelantan serta-merta”

8-10-2024 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22522| Komen: 20

 


SHAH ALAM – Tiga anggota dan seorang pegawai kanan polis ditukarkan serta-merta ke kontinjen lain susulan kes berparti di pejabat bahagian siasatan jenayah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor.

Parti tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi, 28 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati seorang anggota berpangkat koperal membawa masuk empat individu termasuk seorang lelaki awam ke pejabat.

Katanya, perbuatan itu jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan mana-mana orang awam dibawa masuk ke pejabat tanpa urusan rasmi.

“Dalam insiden yang disebut kononnya parti itu termasuk mendengar muzik dan ada makanan sikit.

“Jadi, ini tindakan dalaman dan tukar anggota berpangkat koperal keluar dari (kontinjen polis) Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.


Beliau menegaskan, tiga lagi penyelianya yang berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar dan Inspektor turut ditukarkan daripada kontinjen Selangor.


Hussein menjelaskan, tindakan tersebut dibuat mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993.

“Semua ditukarkan…ada yang pergi (dipindahkan) ke Johor dan Kelantan serta-merta,” katanya.

Beliau menegaskan, tangkapan ke atas tiga anggota polis dari IPD Kajang yang dipercayai positif dadah berpangkat rendah, bukannya ketua balai.

“Ketiga-tiga anggota ini juga ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta dan akan diambil tuduhan di bawah jenayah dan tatatertib,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 8-10-2024 09:56 AM
Dah siap Kes dadah pun xkena buang kerja..pindah lokasi je???8481
Quote prince_marhaen 8-10-2024 10:08 AM
bawa masuk anak ikan ke tuww~~~~
Quote otai_g 8-10-2024 10:09 AM
Polis pun manusia biasa jgk nak rs ada party tp masalahnya tmpt buat party tu yg spoil

Tong2 duit pg la sewa resort mana2.
Quote azimodin 8-10-2024 11:00 AM
Best betul ya.. buat onar kena transfer je?
Teringat pulak cousin aku, cikgu kantoi tido masa mengajar. Kena transfer pergi PPD je
Quote ninja boy 8-10-2024 11:04 AM
Patutlah staff gov byk sewel stress buat masalah terus tukar tempat ja, macam buang sampah ke tong no 567 pergi tong mana2 sampah tetap sampah, masalah x selesai. Kalu swasta kasi buang terus masalah selesai
Quote ninja boy 8-10-2024 11:05 AM
Edited by ninja boy at 8-10-2024 11:13 AM

Double post
Quote ninja boy 8-10-2024 11:05 AM
Edited by ninja boy at 8-10-2024 11:06 AM

Deleted
Quote nono86 8-10-2024 11:07 AM
Buang terus la bongok, dah kenapa ko hantar pergi negeri lain pulak.. dah macam cikgu jaman dulu, bermasalah je pindah sekolah lain.. dan kenapa orang lain nak kena hadap
Quote grouper 8-10-2024 11:16 AM
Bagus la antar p kelantan..sana mmg kuat penguatkuasaan terhadap perkara2 lagha macam parti liar ni..dapat le polis2 ni insaf sikit
Quote PULANGKAN 8-10-2024 11:27 AM
nono86 replied at 8-10-2024 11:07 AM
Buang terus la bongok, dah kenapa ko hantar pergi negeri lain pulak.. dah macam cikgu jaman dulu, be ...

faham. sekolah kami dulu pun kategori luar bandar. jadi tong sampah cikgu buangan. cikgu bermasalah. tambah pulak dengan pengetua lembik. budak2 la kena dera non-stop. sekolah rendah sampai la sekolah menengah. tak selesai masalah, menyusahkan orang lain ade la
Quote cmf_almondpecan 8-10-2024 11:34 AM
Pindah supaya boleh mendadih dan berparti kat negeri lain pulak ke tu?
Quote suri33 8-10-2024 12:10 PM
Buat lah ape pun. Paling2 ditukarkan je hahah
Quote shamsadis 8-10-2024 12:14 PM
Edisi curi tulang:Mahkamah Pertahan Coway Malaysia Pecat Kakitangan Main PS4 Waktu Kerja
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5374955&extra=page%3D1


Coway pecat pekerja main PS kat opis, ini kes lagi lah, ada parti dekat opis
Quote Skuau 8-10-2024 12:18 PM
azimodin replied at 8-10-2024 11:00 AM
Best betul ya.. buat onar kena transfer je?
Teringat pulak cousin aku, cikgu kantoi tido masa menga ...

harap ada peguam mohon kpd mahkamah tuk transfer jer marhein@ank guamnya yg didapati bersalah...jadikan kes ini  dan mana2 salah laku penjawat awam sbg rujukan....kita 'tengok dan dengar' apa pula depa kata.
Quote Prickford 8-10-2024 12:18 PM
Mmg kaki deyols ni. Sebelum ni pon berparty jugak, takde apa2 tindakan. La ni kuasa netizen pon mendonia. Sebelum pucuk kepimpinan polis kena kecam kaw2, baik transferrr.
Quote mamajawie 8-10-2024 12:22 PM
L.U.S.M: Dah siap Kes dadah pun xkena b ...


chuollss Iollsss loveeee sangat chuollss punya DP..
Quote ifanonline 8-10-2024 12:48 PM
anak2 polis tak menjadi
Quote Decaffeinated 8-10-2024 12:54 PM
Sampai 4 tingkat kena tindakan ni maksudnya apa? Sendiri mau ingat lah.
Quote n3ar 8-10-2024 02:38 PM
harap2 lepas SSPA ni, yg mana bermasalah tendang jer dia keluar dari perkhidmatan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049265 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top