CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelik Tapi Nyata : Pantai Di Kuantan Bertukar Menjadi Merah!

29-12-2015 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19137| Komen: 110



Oleh : Dean BZ


Satu berita yang mengejutkan apabila sekeping gambar menunjukkan air pantai bertukar menjadi warna merah. Kejadian aneh dan secara tiba-tiba itu dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang.

Foto : TheStar



Memetik laporan TheStar, penduduk berhampiran pantai dan pelancong terkejut melihat perubahan warna air di Pantai Batu Hitam. Air pantai bertukar menjadi warna merah berikutan hujan lebat pada malam semalam. 


Seorang peniaga, Anita Awang, 38, berkata air laut bertukar warna menjadi merah semenjak awal pagi dan membuatkan ramai pelanggannya turut mengambil gambar fenomena luar biasa itu.

Penjual keropok, Esah Awang, 68, berkata Pantai Batu Hitam sering menjadi berlumpur semasa musim tengkujuh.

Pengerusi Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM), Ali Akbar Othman berkata ramai penduduk telah menghantar gambar laut merah ke halaman Facebook gerakan itu, mendorong mereka untuk menyiasat apakah punca kejadian sebenar.

"Ini betul-betul apa yang kita telah beri amaran akan berlaku," kata Ali, merujuk kepada bahaya bauksit dihanyut ke dalam sungai dan parit semasa musim hujan.

Perlombongan bauksit telah merebak ke kawasan Beserah, dan diburukkan lagi dengan jumlah besar lori pengangkutan yang membawa tanah merah ke Pelabuhan Kuantan, di Gebeng, kurang daripada 15 km dari Pantai Batu Hitam.

Lori membawa muatan bauksit di Jalan Kuantan-Kemaman. Foto : bharian.com.my


Nampaknya isu bauksit di Pahang semakin menjadi bualan dan rungutan ramai terutamanya penduduk di kawasan yang terlibat. Sampai bilakah isu ini akan berterusan, apakah langkah drastik yang diambil oleh pihak berwajib setakat ini? Semoga kes ini tidak hanya dipandang sebelah mata kerana ia semakin membimbangkan. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 29-12-2015 07:00 PM
Mengeri pulak tengok gambar tu seperti kat planet lain je.
Quote edoraixora 29-12-2015 07:01 PM
Komplen lah macam2 gaye pun, yg berkenaan tetaplah buat derk aje
Quote freebird 29-12-2015 07:03 PM
ni semua nak perli bayangan tohan lah ni...
Quote shernazz 29-12-2015 07:06 PM
mcm kat planet marikh dah....
Quote boyagombak 29-12-2015 07:06 PM
Itulah salah satu faktor Planet Marikh telah gersang krn suatu waktu dulu penghuninya dgn rakus buat perlombongan heavy metal.
Jd bersedialah Pahang bakal mnjd mcm Planet Marikh krn kerakusan tokey2 lombong
Quote shahx 29-12-2015 07:12 PM
bila kes tanah runtuh kat lpt hari tu, semua turun.. ni kes bauksit semua diam..
Quote alesandra 29-12-2015 07:15 PM
edoraixora replied at 29-12-2015 07:01 PM
Komplen lah macam2 gaye pun, yg berkenaan tetaplah buat derk aje

umpama walau bumi menangis keluar air mata  berdarah pun kann...
Quote setokinpurple 29-12-2015 07:40 PM
Kesian paru2 org kuantan
Quote zawara 29-12-2015 07:41 PM
So macam mana dengan spesis2 dlm laut tu
Quote fire_place 29-12-2015 07:58 PM
Bak kata penyokong
'Apalah sgt,bauksit ni sumber pendapatan negeri
Dan rakyat tempatan,akhirnya pulangan kat rakyat gak'
Quote hanna88 29-12-2015 08:09 PM
mars in malaysia
Quote Teh_90 29-12-2015 08:13 PM
FOTHER-MUCKER replied at 29-12-2015 07:00 PM
Mengeri pulak tengok gambar tu seperti kat planet lain je.

laut merah tu bukan dsebabkan oleh red algal bloom ke? Dan dsebabkan oleh pencemaran juga...saintis uia kuantan boleh kaji fenomena ini..
Quote melinda_kerr 29-12-2015 08:15 PM
Kesian org pahang.. Betabahlah.
Quote flying_cow 29-12-2015 08:16 PM
Pahang Darul Malapetaka Alam Sekitar. Tunggu cash aja lah.
Quote dodolgemok 29-12-2015 08:19 PM
Baukshit punya pasal ka? Moga pihak yg luluskan perlombongan bauksit ini menerima balasan setimpal dunia akhirat kerana telah menzalimi ramai org
Quote HibinoSama 29-12-2015 08:35 PM
Tu baru tgk pic..cuba tgk yg real lagi lah sakit mata hasil percemaran debu bauksit ni
Quote edoraixora 29-12-2015 08:39 PM
alesandra replied at 29-12-2015 07:15 PM
umpama walau bumi menangis keluar air mata  berdarah pun kann...

Selagi bukan kaum kerabat yg berair mata darah,  mereka pedulik haper

Hmmm....begitulah berjiwa rakyat nye mereka, puiii
Quote Changa 29-12-2015 08:40 PM
Air laut jadi merah bila hujan sebab air sungai nya pun merah dari hasil bauksit ini, sama jua di Kelantan, pantai yang dekat muara.sungai kelantan air pantai nyanya di pinggir pantai akan jadi kaler air teh di kala hujan ikut kaler air sungai
Quote sapp73 29-12-2015 08:43 PM
laut dan darat jadi mangsa kerakusan "orang" itu...bertabahlah

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059171 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top