CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Honda Day dikutuk, hadiah utama Accord lama cat lusuh berharga RM3,500

8-10-2024 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22331| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Budak-budak Honda nampaknya sedikit kemurungan hari ini apabila acara tahunan gah mereka yang dikenali ‘Honda Day’ yang dilangsungkan Sabtu lalu mendapat kecaman menyeluruh hari ini.

Apa yang menjadi perhatian apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500.


Kegigihan netizen mencari di mana asal Honda Accord tersebut membuahkan hasil apabila hantaran asal penjual kereta tersebut ditemui hari ini.

Melalui iklan di laman sosial Facebook, Accord hitam lusuh yang belum dicat itu dibuka untuk jualan pada 14 Ogos lalu dengan harga hanya RM3,500.


Bukan itu sahaja, menjadi pendebatan umum apabila peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.

Sebelum hari penganjuran Honda Day 2024 pada Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung, isu hadiah utama itu telah kedengaran apabila ramai peserta yang tertanya-tanya berkenaan hadiah cabutan pertama.

 

Ramai yang beranggapan, acara besar yang menghimpunkan semua pemilik kenderaan jenis Honda yang menjadi kebanggaan anak muda Malaysia ini mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.

Ternyata anggapan tersebut meleset apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord bercat lusuh berharga RM3,500 sahaja.  


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-10-2024 09:05 AM
Sah PBT
Quote Kitty_catz 8-10-2024 09:13 AM

haruslah sikbidi..bidi
Quote kotakbaju 8-10-2024 09:23 AM
Tak paham. Ada dapat honda lama, yang dapat bmw kuning tu pun hadiah cabutan bertuah jugak ke?
Quote kotakbaju 8-10-2024 09:25 AM
Jadi setiap brand keter ada sambutan hari diorang ye sape pakai perodua tu ada jugak ye sambutan dia
Quote Suchi 8-10-2024 09:30 AM
mengekek iols ketawa baca pasal ni smlm pastu baca plak posting remy ampang yg ejaan pun tak hapa2


Hadiah “laki dro” laaa sangat
Quote imransulaiman 9-10-2024 01:30 AM
Hahahaha! Lawak sungguh penganjur! Honda besi buruk dia bagi hadiah "laki dro"!
BMW ni pun rasanya confirm sekenhen! Dapat jual tshirt lebih RM600K kot!

Nak tanya - dah bagi BMW ni, Honda tu ambil balik semula ke? Ekekeke!
Quote TeropongThaico 9-10-2024 07:22 AM


Quote DayangKirana 9-10-2024 07:41 AM
memang confirm acara tahunan honda ke? ingatkan event gathering peringkat kampung2 je since hadiah pon cokyaaaa la amat..
Quote pearl.silver 9-10-2024 07:41 AM
Bc komen kt fb, sport rim pun bengkok
Lg apa tah diorg komen

Baca doa pakai seluar katok
Xleh ke bersiap sikit nk bg hadiah tu
Mcm C balik judi je
Quote zuriey 9-10-2024 09:01 AM
Ni geng2 rempit naik sikit level pakai honda itu sebab bahasa pun rempit..
Quote BungaKencana 9-10-2024 09:40 AM

Quote BungaKencana 9-10-2024 09:40 AM



Quote BungaKencana 9-10-2024 09:42 AM
Remy Gampang da bg BMW F30 convert, Rim Bengkok, kete dah 2x eksiden teruk... nx year sape join lg HDM yg remy organize.. mmg benak laa memasing..
Quote airfilterkotor 9-10-2024 10:23 AM
Kebabian apakah ini.... gath Honda fanboy BBNU tapi bagi hadiah BMW?
Dah la BMW, history bengkok renyuk pulak tu.
Quote MarryPottet 9-10-2024 12:53 PM
Cikainya hadiah laki dro
Besi buruk dibaginya
Geng H yg masak megi kat petron genting hadir tak event rempit ni?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top