CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesemua 21 rakyat Malaysia di Lebanon berjaya dibawa keluar

8-10-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22286| Komen: 2

 


PUTRAJAYA – Misi evakuasi semua warga Malaysia dari seluruh Lebanon berakhir apabila kumpulan terakhir terdiri empat orang selamat dibawa keluar dari negara itu hari ini.

Sumber Kedutaan Besar Malaysia di Beirut ketika dihubungi memaklumkan, pihak pejabat misi diplomatik sudah selesai melaksanakan pemindahan itu.

“Kami telah berjaya operasi evakuasi kesemua 21 rakyat Malaysia dan juga tanggungan mereka dari Beirut. Keselamatan mereka kekal menjadi keutamaan kerajaan,” jelasnya.

Proses pemindahan warga Malaysia mula dilakukan pada lewat 3 Oktober lalu dengan kumpulan pertama melibatkan seramai empat orang tiba pada 4 Oktober.

Mengulas lanjut, sumber mengesahkan kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dengan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan bekerjasama baik dalam menjayakan operasi evakuasi tersebut,” tambahnya.


Semalam, dua kumpulan warga Malaysia selamat tiba di KLIA dengan masing-masing terdiri enam orang sekeluarga pada sebelah pagi serta baki enam lagi lewat malam tadi.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan bahawa Duta Besar Malaysia, Azri Mat Yacob akan terus kekal di Beirut demi tugas dan amanah dipertanggungjawabkan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-10-2024 02:02 PM
nasib baik
Quote tahanie 9-10-2024 08:40 AM
Duta tinggal sorang ke dengan team? Kalau takde team kesian juga

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.024768 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top