PETALING JAYA – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini. Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, setakat ini Dr. Wan Azizah berada dalam keadaan baik. “Alhamdulillah, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan. “Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr. Wan Azizah. “Terima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada beliau untuk menerima rawatan dengan sempurna,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT