CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Berdepan Risiko Dipenjara Jika Langgar Perjanjian Cerai Dengan Fattah Amin - Peguam Fattah

8-10-2024 01:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45524| Komen: 144

 

Pelakon Nur Fazura berdepan risiko penjara jika didapati melanggar perjanjian yang dibuat dengan bekas suaminya, Fattah Amin, sebelum mereka disahkan bercerai hari ini.

Menurut peguam syarie, Zulkifli Che Yong, yang mewakili Fattah, perjanjian itu termasuk menjaga aib dan tidak menyebarkan fitnah antara satu sama lain. Jika Fazura melanggar perjanjian tersebut, tindakan menghina mahkamah boleh diambil.

"Jika berlaku perlanggaran perjanjian, pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

"Mangsa boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan.- Jelas Zulkifli."

Sebelum ini, Fattah menafikan tuduhan curang dan tidak memberi nafkah, seperti yang didakwa oleh Fazura sebagai punca penceraian mereka. Menurutnya, perjanjian sudah dibuat untuk menjaga aib masing-masing sebelum lafaz cerai dilakukan.


Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, pada jam 9.45 pagi.

Pasangan yang pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun.

Sumber - Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 8-10-2024 01:30 AM
Aku tak rasa fattah sanggup nak tengok bekas bini dia ke penjara kalau boleh pun.bayangkan wei bekas bini yg ko hidup bertahun2 bersama nak dipenjarakan
Quote apedehal 8-10-2024 01:31 AM
akido_kido replied at 8-10-2024 01:30 AM
Aku tak rasa fattah sanggup nak tengok bekas bini dia ke penjara kalau boleh pun.bayangkan wei bekas ...

Rsa lg bagus kalau fattah failkn..alang2 dah malu seantero malaysia ni
Quote monsterwife 8-10-2024 01:34 AM
apedehal replied at 8-10-2024 01:31 AM
Rsa lg bagus kalau fattah failkn..alang2 dah malu seantero malaysia ni

You go fatah
Biar ex tau langit tu tggi atau rendah
Quote penmerah 8-10-2024 01:36 AM
Sebelum2 ni akak rasa dirg cerai secara peaceful sbb fazzy nak keep classy dan fattah yg tak suka mencapup hal peribadi di public
Tapi lepas cerai ni terkejut bangat rupanya habis londeh tak menyempat

Dengan itu akak bersedia dgn pop corn menanti episod seterusnya
Teruskan londehan itu ye fazzy dan fattah
Beserta receipt please
Quote ashilalat 8-10-2024 01:46 AM
Elok juga fakezura ke penjara
Quote shida81 8-10-2024 01:48 AM
Ni klu da sing londeh melondehkan mcm payah je nk rujuk balik
Quote DeLuna85 8-10-2024 01:49 AM
Tak mungkin Fattah sanggup. Tapi yelah ada peguam di belakang dia.
Quote Akalditipumata 8-10-2024 02:04 AM
Yess!!! Go. Nk tahu jgk..biar masing2 buka smua..
Quote DARSITA 8-10-2024 02:34 AM

Buat la kalau berani. Bangga ke jadi first ex yg hantar wife masuk penjara?

Lawyer Fake boleh counter attack guna alasan client dlm trauma penceraian dan sedang mendapat therapy.  
Quote diazzaid 8-10-2024 03:49 AM
Dah nama pun fakezura, mmg la dia x menepati janji x bukak aib
Quote noor2 8-10-2024 05:22 AM
MeowPARSI replied at 8-10-2024 05:18 AM
Based on my experience,,, wpun buat commital order bagai,, hina mhkmah etc,, hujung2 hakim akan seko ...

Dipenjara kerana apa?..knp hakim kata begitu kat awak?
Quote MeowPARSI 8-10-2024 05:28 AM
noor2 replied at 8-10-2024 05:22 AM
Dipenjara kerana apa?..knp hakim kata begitu kat awak?

Ex husband langgar perintah mahkamah,, wpun dh dpt exparte duduk sementara rumah kelamin smntara tunggu kes hadahan etc,, ada kejadian x diingini berlaku smpai libatkn polis..

Quote noor2 8-10-2024 05:38 AM
MeowPARSI replied at 8-10-2024 05:28 AM
Ex husband langgar perintah mahkamah,, wpun dh dpt exparte duduk sementara rumah kelamin smntara t ...

Oh..cik Miaw report polis la ya... maafla kaka tanya kaka x faham kes melanggar mahkamah ni....sb kaka pun ada pengalaman bercerai tp kami ok je x de gaduh2 x de dendam..hihi..kaka jenis dah cerai sudahla...kami jaga anak2 elok je dan anak2 x rasa kehilangan mak ayah...nafkah pun kaka x pernah tuntut tp dia yg bagi dgn rela tanpa kaka tuntut mahkamah....dgn family dua2 belah pihak pun kami tetap baik...
Quote CikHasanah 8-10-2024 05:46 AM
Apa aib fattah yang masih disimpan sampai ada ugutan penjara? Alang2 dah saling melondeh sipi2, seeloknya londeh la habis-habisan.

Londeh.
Londeh.
Londeh.
Quote bioessence 8-10-2024 05:47 AM
Dah dapat cerai tu dah la
Mau pot pet lagi
Quote noor2 8-10-2024 05:56 AM
MeowPARSI replied at 8-10-2024 05:44 AM
Report polis tu pun sbb kes pukul,,
Bila dh bawak ke court mmg payah sikit laaa si pelaku,, tmbah  ...

Oh kes pukul teruk tu...pelik betul hakim tu ..dah kes pukul pun dia boleh bg cadangan mcm tu..
Quote limesherbet 8-10-2024 06:16 AM


Ni lah penceraian artist popular yg paling MEMALUKAN.

Yg lucu nya fazura berbunyi tapi fazura sendiri yg dpt malu
Quote limesherbet 8-10-2024 06:21 AM
Korang mimpi je la fake masuk penjara. Fattah takkan take action punya....kan dia kata dua sygkan faz sebagai org yg pernah hadir dlm hidup  dia
Quote noor2 8-10-2024 06:37 AM
MeowPARSI replied at 8-10-2024 06:30 AM
Hakim nak kita sedar yang akibat keputusan kita tu boleh affect anak,, tu je,, ikutkan kalau proce ...

Ya ...jgn sesekali kita wujudkan kebencian anak2..anak2 ni dia perhati perangai mak ayah...jgn juga kita racun fikiran anak2 membenci mak atau ayah mereka..mereka akan tahu sendiri...jgn juga mengaibkan satu sama lain pada masyarakat atau family masing2..anak2 akan sedih tgk mak ayah mereka bermusuh dan memalukan diri pada masyarakat..yg terpalit malu, anak2 juga...biarlah mereka membesar dgn baik..dgn kasih syg...cerai, jodoh, ajal, rezeki..manusia x mampu pun pilih..semua tu dgn izin Allah juga...terima jela sbg ujian untuk jadikan kita lebih baik untuk kita lebih mengingati Allah..

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076790 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top