Tiada angin tiada ribut, pelakon Emma Maembong mengesahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik. Memetik Harian Metro, Emma berkata tempoh idah sudah pun habis, Emma berkata dia sedar krisis rumah tangganya hangat diperkatakan di forum gosip namun memilih berdiam diri. Menurut Emma lagi, dia masih lagi memuat naik gambar bersama bekas suami demi menjaga emosi anak-anak. “Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini. “Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini. Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,”katanya. Sementara itu, Emma enggan berkongsi lebih lanjut bilakah perpisahan itu berlkau kerana baginya ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.
“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman. “Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya. Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya. Dalam pada itu, Emma bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku serta menganggap ianya proses untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik. “Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,”katanya. Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Sumber - Harian Metro, Rotikaya |
emera replied at 8-10-2024 08:00 AM
Pajurah, ko tgk ni. Elok je x memekak sana sini.
hayrin86 replied at 8-10-2024 10:17 AM
Persoalannya, bila bercerai? Jadi macam kes Jaclyn Victor yang merahsiakan tarikh bercerai sudah..
ADVERTISEMENT