Kisah perceraian pasangan selebriti, Fazura dan Fattah hari ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat mereka. Semakan Kosmo! di media sosial, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan perkara tersebut apabila Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, selesai melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada pukul 9.45 pagi tadi. Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. “Tiada lagi suami Melayu terakhir, kami sebagai peminat #Faztah sememangnya mahu yang terbaik untuk pasangan ini,” kata Juliana. “Kali pertama menangis bila lihat pasangan selebriti bercerai. Mungkin pasangan ini nampak penuh serasi. Moga yang baik-baik untuk Fazura dan Fattah selepas ini,” kata Nurriin.
“Ada yang berpisah sementara untuk perbaiki diri masing-masing. Harap kuat jodoh mereka berdua ini untuk kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Sedihnya berita cerai pagi ini,” luah Atikah. “Harap berbaiklah demi anak. Kesian pada anak yang masih tak tahu apa-apa,masih perlukan kasih sayang kedua-duanya,” kata Rashadah. Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4,. Sementara itu, Fazura dan Fattah menjadi sohor kini di Facebook dan laman X berikutan kisah mereka menjadi antara topik utama yang sedang diperkatakan pengguna media sosial sehingga meraih lebih 3,000 ciapan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
1.fattah abaikan nafkah bertahun 2. fazura tak bahagia dan tertekan tapi bertahan walaupun berbagai tohmahan.dia harap suami mempertahankan tapi tidak berlaku 3. fattah curang. ada bukti 4. fazura mencurahkan sepenuh kasih sayang. tak sekufu dan ego tu semua fitnah semata mata. 5. fazura dah berkorban banyak untuk fattah dan buat sebaiknya. kenderaan, rumah, makan minum semua fazura yang sediakan 6. fazura terima fattah dankeluarga seadanya dan berkorban segalanya fazura kecewa dan kesal kerana tidak dihargai 7. kenderaan yang fazura beri pun fattah bawa pompuan lain yang bukan mahram 8. fazura tahu dah lama hal curang awal ogos 9. orang nampak saya happy tapi allah saja yang tahu dan fattah tahu itu (fazura dah tak happy) 10. Fattah endorsement banyak tapi nafkah sikit pun tak bagi 11. depa berpisah sebentar untuk beri masa dan ruang 12. hak penjagaan fattah setuju beri kepada fazura dan fail di mahkamah lain 13. fazura harap fattah datang rumah pujuk, bukan takat whatsapp je. fattah tak ada kesungguhan. memang la fazura kata taknak jumpa fattah dah tapi dia harap fattah bersungguh datang pujuk dan jumpa. ni tak, datang ambik baju je, datang jumpa anak je. 14. semenjak kahwin dengan fattah fazura sayang keluarga mertua. tapi fazura terkilan sebab family mertua lansung tak whatsapp/call bertanya kabar 15. fazura kata dia kesian dan sedih untuk fatima. tapi sepanjang 4 tahun tak pernah fattah bagi duit raya kat anak. bini pun tak pernah dapat rasa duit raya dari laki 16. adakah fattah sebagai bapa boleh terima kalai nyamma diperlakukan sedemikian? |
SAYA TERPAKSA LEPASKAN DIA. ADA BENDA2 YANG SAYA TAK BOLEH BERITAHU TAPI SAYA TERPAKSA CERAIKAN DIA.
ADVERTISEMENT