CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Maaf kalau dah muak dengar saya nyanyi lagu Masing-Masing, tapi penganjur yang minta’ - Bella Astillah

7-10-2024 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14168| Komen: 11

 


“Saya minta maaf kalau ada yang sudah muak mendengar saya menyanyi lagu Masing-Masing”.

Demikian respons penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah tentang dakwaan netizen yang sudah muak mendengarnya menyanyikan lagu dendangan asal Ernie Zakri itu.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia sendiri sedih bila berhadapan situasi ini. Tetapi penganjur acara yang sering minta dia menyanyikan lagu Masing-masing.

“Bila pihak penganjur sendiri yang minta menyanyikan lagu tersebut, saya agak keberatan untuk menolak.

“Lagipun mereka sudah bayar saya. Rezeki ini saya gunakan untuk menanggung anak-anak saya.

“Saya sendiri sudah bertanya dengan Ernie terlebih dahulu. Dia cakap tak mengapa.

“Kalau ikutkan saya juga sedih sebab lagu ini bukan lagu saya,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran single baharunya, Tapi Bukan Denganmu, di sini, kelmarin.


Tambah pelakon drama Satu Hari Nanti itu lagi, kini khalayak tidak perlu lagi risau kerana dia sudah punya lagu ‘galau’ sendiri yang dicipta bersama komposer, Sharon Paul.

“Sekarang saya sudah ada lagu sendiri. Nanti hari-hari saya menyanyi dalam Instagram. Insya-Allah,” kongsinya dalam nada gembira.

Baru-baru ini juga penyanyi bertubuh genit itu dikecam bertalu-talu kerana dikatakan mempunyai masalah vokal sewaktu menyampaikan lagu Bermati-Matian dendangan asal Mahalini.

Sedar hakikat, Bella mengakui masih dalam proses untuk belajar vokal agar dapat memperbaiki mutu nyanyiannya.

“Saya menyanyi sejak kecil. Dari dahulu lagi saya sudah belajar vokal dengan bapa. Apabila dewasa saya belajar dengan guru vokal profesional seperti Cikgu Shafie.

“Saya tidak akan pernah berhenti belajar. Takkan saya nak tunjuk perjalanan proses pembelajaran saya kepada umum.

“Tetapi saya faham dengan kritikan yang diberikan oleh orang ramai. Mungkin ketika itu saya menyanyi kerana terikut-ikut dengan emosi atau terlalu penat.


“Mungkin juga tidak cukup latihan. Selepas ini saya akan buat dengan lebih baik. Insya-Allah,” ujarnya.

Lagu Tapi Bukan Denganmu kini sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman serta boleh ditonton dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia. 

Sumber  –  Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-10-2024 11:03 AM
cerita pasal kau pun aku dah muakkkkk
Quote sukanyanyi 7-10-2024 12:08 PM
Kurex replied at 7-10-2024 11:03 AM
cerita pasal kau pun aku dah muakkkkk

Lol kurex
Quote sukanyanyi 7-10-2024 12:11 PM
Btw yg tak bestnya sbb lagu tu masih current, n penyanyi asal pun masih dok nyanyi lagu tu kat events. Kalo lagu lama n penyanyi asal dah tak berapa nyanyikan dah takpe lg. Penganjur pun..nak lagu top tp taknak bayar ninie sbb lg mahal kan? So suruh org lain yg nyanyi...
Quote dewi_rina 7-10-2024 12:26 PM
Dah ada lagu baru kan? Boleh dah nyanyi lagu sendiri lepas ni, bgtahu penganjur
Quote DeLuna85 7-10-2024 04:03 PM
Masing2 versi hidung sumbat
Quote noor2 7-10-2024 04:04 PM
Comeyyyynya muka bella
Quote pichee 7-10-2024 09:00 PM
bkn sbb lagu tu kn.. sbb suara x sedap kn..
Quote gideoncross 7-10-2024 09:40 PM
@AWEKSAMURAI @amarakasih @tidak_kelihatan Hahahahaha
Quote tidak_kelihatan 8-10-2024 02:46 AM
sukanyanyi replied at 7-10-2024 12:11 PM
Btw yg tak bestnya sbb lagu tu masih current, n penyanyi asal pun masih dok nyanyi lagu tu kat event ...

Yeee

nak bayar Ernie Zakri, TAK MAMPU...so nak jimat, amik bella kemek....MURAH

"Saya sendiri sudah bertanya dengan Ernie terlebih dahulu. Dia cakap tak mengapa."

Mmg la Ernie ckp tak apa, sbb bukan dia komposer pun...Tapi, ingat dlm hati Ernie suka ke? Hahahaha..kalau dia kata x boleh kang, berderu la benakbella kecam dia
Quote 8Queen8 8-10-2024 04:11 AM
Bella please lah pakai braces. Pasti lebih cantik. Kalau tidak silap dulu Ella dah 40an baru pakai braces.
Quote 8Queen8 8-10-2024 04:12 AM
Untung lah, anak dua tapi muka dan body cam gadis remaja.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.159947 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top