LONDON – Seorang pencuri membantu menyidai pakaian seorang wanita, meninggalkan segelas minuman dan menulis nota kepada mangsa selepas memecah masuk ke rumahnya, lapor portal berita Metro UK semalam. Damian Wojnilowicz, 36, memecah masuk rumah mangsa di Monmouthshire, Britain selepas wanita tersebut keluar bekerja. Lelaki itu memasak makanan dan menyidai pakaian selepas membasuhnya, selain turut mengemas rumah mangsa. Dia kemudian menulis nota yang tertera ayat berbunyi: “Jangan risau, bergembiralah.” Pendakwa raya, Alice Sykes berkata: “Ini adalah pecah masuk rumah yang sangat luar biasa. Mangsa diberitahu oleh jirannya bahawa dia melihat seseorang menyidai pakaian.” Ketika sesi perbicaraan, Mahkamah Diraja Cardiff turut diberitahu bahawa tertuduh turut membersihkan lantai, mengosongkan tong kitar semula, menyimpan dan menyusun semula barangan rumah sebelum melarikan diri.
Tertuduh yang mengaku bersalah melakukan dua rompakan, dihukum penjara 22 bulan. – AGENSI Sumber – Kosmo |
IzzahF replied at 7-10-2024 08:31 AM
kenapa orang suka cakap pembersih dan perfectionist tu OCD ya? sungguh aiols tapaham...cubala korang ...
putribonda replied at 7-10-2024 09:25 AM
itulah..nyampah pulak iols baca.
kalau bc komen2 kat vid yg jenis perfectionist ni semua pakat duk ...
IzzahF replied at 7-10-2024 09:33 AM
iya, kawan aiols OCD bertahun makan ubat. bapaknya pun OCD. member keluar rumah kira langkah. smpa ...
IzzahF replied at 7-10-2024 08:31 AM
kenapa orang suka cakap pembersih dan perfectionist tu OCD ya? sungguh aiols tapaham...cubala korang ...
plywood replied at 7-10-2024 10:19 AM
wow teruknya...
aku pernah tengok mat salleh basuh tangan di tandas lebih sepuluh minit... aku t ...
pocongkiutss replied at 7-10-2024 10:21 AM
Tula..ramai yg takpaham maksud ocd yg sebenarnya..org yg ocd betul2 ni mmg takdeeeenya dia bangga ...
ADVERTISEMENT