CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Persahabatan Selama 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup” – Nina Ismail Bakal Berkahwin Dengan Rakan Baik

5-10-2024 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61780| Komen: 43

 


Baru-baru ini, lelaki bernama Hafiz Osman ada memuat naik satu video memaparkan dirinya melamar anak perempuan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri iaitu Nina Ismail Sabri.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Hafiz telah melamar Nina di sebuah galeri dan kelihatan mereka jalan bersama-sama sambil melihat pameran di galeri terbabit.

Kata lelaki itu, dia sudah merancang lawatan peribadi ke galeri tersebut hanya untuk Nina.

"Tanpa dia sedari, saya telah mengatur lawatan peribadi hanya untuknya. dengan cincin yang disembunyikan di tempat yang jelas sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut."

Ketika mereka berjalan melihat pameran itu, setiba di satu ruangan, Nina kelihatan terkejut apabila tempat itu dipenuhi dengan bunga dan terdapat sebentuk cincin yang digantung pada bingkai di dinding.


"Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tidak dijangka, dikelilingi oleh seni, karya agung kami bermula."

Sekadar info, sebelum ini Nina pernah mendirikan rumah tangga degan seorang pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie, tetapi disahkan bercerai pada Ogos tahun lalu.


Sumber  –  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-10-2024 10:11 AM
Syokke dilamar mcm tu elk.. aku ni jgnkan berangan dilamar mcm tuu.. sekuntum bunga pun tak peronah dpt.. laki aku kata dr bg bunga baik mkn duit tuu..kenyang..
Quote Tiggybiru 5-10-2024 10:46 AM
Nina ni pandai berfashiunn
Quote Incanto 5-10-2024 10:56 AM
so sweet

tazzabar nak tgk wedding derang
Quote bublysnowflake 5-10-2024 10:58 AM
laki ni pun duda kan..
tahniah
Quote CikHasanah 5-10-2024 11:06 AM
Nasib baik Nina lari. Kalau tak, terpaksa bayar tahik JM yang berjuta tu.
Quote cikdilla 5-10-2024 11:20 AM
Retis ke nina ni ade bebenang di bodgos ni. Btw semoga sheols brbahagia bersama suami baru..elok je divorce takde pungpang sana sini
Quote naina 5-10-2024 11:20 AM
Dia ingat dia umur berapa nak berpakaian ala2 Dolly? Dia masa fasa bercinta dengan jv pun suka berskirt cmni
Quote Minami2013 5-10-2024 11:21 AM
Comel nina ni dah kurus.
Quote snowflakes 5-10-2024 11:29 AM
Semoga bahagia
Quote makcun14 5-10-2024 11:36 AM
Edited by makcun14 at 5-10-2024 11:39 AM
Buritan replied at 5-10-2024 10:11 AM
Syokke dilamar mcm tu elk.. aku ni jgnkan berangan dilamar mcm tuu.. sekuntum bunga pun tak peronah  ...


alaa chuols . ada orang dapat beratus bunga tak menjamin bahagia pun , panjat mahkamah syariah every few weeks ada lah...

anyways tahniah la pada mek ninaninot akhirnya open marriage dah dibubarkan. .. oops i spill tea
Quote Cleocatra 5-10-2024 11:48 AM
naina replied at 5-10-2024 11:20 AM
Dia ingat dia umur berapa nak berpakaian ala2 Dolly? Dia masa fasa bercinta dengan jv pun suka bersk ...

Sheol pernah pakai skirt singkat pada tu lagi. Tapi kat Korea la. Sheol ni suka nau pakai lambang branded sebesar alam. Gi Jepun time winter, jalan dalam thick snow dengan rain boots. Sebabkan rain boots tu ada lambang Chanel sebeso tidak. Dan susah nak jalan, siap berpimpin #newmoney
Quote sfrnna 5-10-2024 11:50 AM
Ahaha semoga yg ni setia yg satuuu
Quote tahanie 5-10-2024 12:06 PM
Bukan parti janda dia dah lama juga aritu. Bila nikah nya
Quote orkid_amani 5-10-2024 06:01 PM
Nina nampak lebih classy dgn dress lace dari pakai dress rekaan ex somi dia dulu..
Quote dua_chzy 5-10-2024 06:02 PM
Akhirnya kawin dengan lelaki yang penat tunggu ko ka.
Quote dua_chzy 5-10-2024 06:02 PM
Tapi comelllll laaaa dress ngan kasut Ninaaaa
Quote pocongkiutss 5-10-2024 06:02 PM
Baju nmpk ketiak tu x comey..baju yg dia pakai dlm pic dgn pakal laki tu ok la cantik
Quote MisXoXo 5-10-2024 08:21 PM
Lelaki ni mau sama sekufu dgn dia
Quote shida81 5-10-2024 09:25 PM
Ak x leh imagine kawen ngn bestie
Ak sanggup single sampai mati

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.181571 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top