Penyanyi Zynakal tak terasa hati apabila ada individu mengeluarkan kenyataan face shaming terhadapnya di media sosial. Memetik mStar Online, Zynakal sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana mengingatkan siapa dirinya yang sebenar. “Jujur saya tak ambil hati sebab betul juga apa dia katakan. Terima kasih mengingatkan saya ialah Zynakal dan bukan Zayn Malik. “Perkara itu tak jadi masalah sebab saya bersyukur berada dalam bidang muzik, kalau bidang lakonan imej penting memandangkan wajah keluar TV. Muzik orang lebih cenderung dengar suara. Saya tak marah sebab apa dia kata itu memang betul,” katanya. Sementara itu, Zynakal berkata netizen ada hak untuk menyuarakan pendapat mengenai penampilan seseorang malah dia sudah biasa dengan komen face shaming sehingga tak terasa apabila ada yang mengutuknya.
“Saya tak kisah zaman sekarang netizen ada hak bersuara jadi biarlah apa mereka nak kata. Tambah pula saya dah pernah dengar perkara sama sejak dulu,” katanya. Sebelum ini, Zynakal menerima komen daripada netizen mengatakan penyanyi itu tiada rupa tetapi ada suara dan lagu yang hebat. Sumber – mStar Online, Rotikaya |
Kurex: iols cuma faceshaming muka tua ...
ADVERTISEMENT