Kuala Lumpur: Kekecohan yang membabitkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini sudah diselesaikan, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali. Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden yang membabitkan dua wanita Palestin itu, Walid berkata ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum. Menurut beliau, kakitangan kedutaan sudah melawat pusat berkenaan dan bertemu dengan pegawai keselamatan serta rakyat Palestin yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu. "Saya mengecam apa yang berlaku, dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi," katanya kepada Bernama pada Jumaat. Wisma Transit adalah kemudahan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menyediakan penginapan. Menurut Walid, individu terbabit bertindak secara emosi kerana kecewa tidak dibenarkan keluar dari pusat itu atas sebab keselamatan.
Walid berkata beliau sudah bertemu pegawai Kementerian Pertahanan pagi Jumaat untuk membincangkan keadaan itu. "Isu ini telah dibincangkan dan diselesaikan. Apa yang berlaku adalah salah, dan kami tidak mahu memanjangkannya. Bagi pihak Palestin, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia," katanya. Di tengah-tengah keganasan Israel di Gaza, Malaysia berjaya membawa 40 rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia, bersama 80 saudara mereka dari Kaherah, pada 16 Ogos lepas. Pesakit-pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT) di Kuala Lumpur, manakala saudara mereka yang tidak cedera ditempatkan di lokasi transit yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan. Duta berkenaan sekali lagi menyatakan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia, serta rakyat Malaysia atas sokongan kuat terhadap perjuangan Palestin. Sumber – Harian Metro |
Buritan: Dgn ko ko sekali antar.. buang ...
sharfox replied at 5-10-2024 01:23 PM
Nak slaahkan diorang 100% pun tak jugak la. Dari lahir2 je dah duduk dlm penjara Gaza. Kali ni pulak ...
grouper: Duta ni antara golongan t20 Pa ...
grouper replied at 5-10-2024 02:14 PM
Duta ni antara golongan t20 Palestine...kebanyakannya dari parti fatah
ADVERTISEMENT