CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebakaran kilang musnahkan 3,000 kenderaan elektrik di Vietnam

4-10-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47844| Komen: 1

 


Hanoi: Kebakaran besar di sebuah kilang di utara Vietnam memusnahkan 3,000 basikal elektrik dan motosikal pada Jumaat.

Asap tebal naik dari sebuah gudang milik Syarikat Kenderaan Elektrik DK Vietnam-Jepun di Bandar Lang Son selepas kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 7 pagi Jumaat dengan beberapa letupan kedengaran.

Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.

Hoang Van Khoi, suami kepada pengasas syarikat itu, mengesahkan kepada AFP berhubung kebakaran tetapi tidak mengulas lanjut.

Kebakaran bermula di tingkat dua gudang alat ganti itu dan merebak ke tingkat lain dan bengkel bersebelahan, menurut VTV milik kerajaan.

Kemudahan pengeluaran kenderaan elektrik DK Bike menjangkau lebih 3,000 meter persegi (32,300 kaki persegi) dan termasuk kawasan untuk pengeluaran, pemasangan, alat ganti dan bilik pameran untuk kenderaan siap.


Kebakaran kini kebanyakannya telah dipadamkan, dan pihak berkuasa sedang menyiasat puncanya.

DK Bike ialah usaha sama Vietnam-Jepun, menurut laman webnya.

Syarikat itu pakar dalam pembuatan basikal, basikal elektrik, motosikal elektrik dan motosikal anjakan kecil 50cc.

Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 7-10-2024 01:40 AM
[em:12:]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.185109 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top