CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan lebat, tanah runtuh ragut 14 nyawa di Bosnia Herzegovina

4-10-2024 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43393| Komen: 2

 

Belgrade (Serbia): Sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat hujan lebat berterusan, tanah runtuh, dan banjir di Bosnia Herzegovina, lapor Agensi Anadolu, memetik pegawai pada Jumaat.

Pentadbiran Perlindungan Awam menyeru rakyat agar mengelak daripada menggunakan jalan menuju ke kawasan perbandaran Konjic dan Jablanica, serta menggesa semua pihak mematuhi arahan perkhidmatan penyelamat untuk mencegah korban lebih lanjut.

Ramai penduduk terpaksa berpindah selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah dan mencetuskan tanah runtuh, sekali gus mengganggu kehidupan di Jablanica dan Konjic.

Sementara itu, dilaporkan laluan utama di wilayah itu telah terhalang dan menyukarkan usaha menyelamat.

Angkatan Tentera Bosnia dan Herzegovina turut terbabit dalam membantu penduduk awam yang berisiko akibat banjir.

Menurut Palang Merah Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, lebih 20 bangunan kediaman musnah, dan kehidupan serta kesihatan ratusan isi rumah di Bosnia dan Herzegovina berada dalam risiko besar.


Selain itu, pihak Kereta Api mengumumkan bahawa terdapat kerosakan serius pada kemudahan kereta api sepanjang 17 kilometer (10.6 batu) yang menghubungkan ibu kota Sarajevo.

Selain di utara Herzegovina dan sebahagian Bosnia tengah, kawasan perbandaran Kresevo, Kiseljak, dan Fojnica turut terjejas akibat banjir.


Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 7-10-2024 01:44 AM
Moga dipermudahkan
Quote nisako 7-10-2024 09:42 AM
aduh takziah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.024773 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top