CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Singapura dituduh mengaku Rasul, ada Roh Kudus

4-10-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44003| Komen: 19

 


SEREMBAN – Seorang lelaki Singapura dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengajar ajaran salah iaitu dirinya sebagai Rasul dan mempunyai Roh Kudus.

Tertuduh, Idris Ami, 60, yang bekerja sebagai pemandu forklift di Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapanHakim Syarie, Zulfikri Yasoa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak diwakili peguam didapati telah mengajar ajaran salah kepada dua lelaki berusia 42 tahun dan 46 tahun yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan mendakwa bahawa dirinya adalah utusan yakni Rasul bagi zaman ini.

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah kepada dua lelaki yang sama yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan mendakwa di dalam dirinya itu ada Roh Kudus.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam antara 6 hingga 8 Oktober tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua Besar di Kuala Pilah.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, pindaan 2019 di mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwa Syarie Ahmad Wafi Abdullah memohon agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh berikutan tertuduh merupakan warganegara luar serta dibimbangi akan pulang ke negara asal dan akan menyukarkan lagi proses pendakwaan.

Hakim kemudiannya menetapkan bon jaminan keseluruhan sebanyak RM 8,000 dengan empat penjamin warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sembilan.

Tertuduh juga tidak dibenarkan keluar dari negara ini sehingga terdapat perintah lain dikeluarkan, selain perlu melaporkan diri setiap 1 haribulan kepada ketua penguasa agama.

Kes ditetapkan semula pada 19 November ini bagi perbicaraan.

Dalam pada itu, hakim membebaskan seorang wanita warganegara tempatan berusia 42 tahun yang dipercayai merupakan orang kanan tertuduh dengan bon jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini.

Sementara itu Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah ketika ditemui berkata, pihaknya bersama polis berjaya menahan dua individu ini di Muadzam Shah, Pahang yang mana mereka dalam perjalanan ke Terengganu bagi menjalankan satu aktiviti.

Menurutnya, penahanan itu susulan dari ajaran sesat baharu yang dikesan di negeri ini iaitu ajaran Cahaya sejak setahun lalu 

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-10-2024 11:22 PM
Seb baik tak klem Tuhan Bapak, Tuhan Anak bagai hada dalam diri heshe.
Quote hokeypokey 5-10-2024 01:54 AM
pulak dahhhh
Quote sharlenetexas 5-10-2024 02:18 AM
Boy boyan?


Quote kakikuDibibirmu 5-10-2024 02:28 AM
sharlenetexas replied at 5-10-2024 02:18 AM
Boy boyan?

Boyan pun boyan lah janji rock
Quote Goodluckdontcry 5-10-2024 02:43 PM
Edited by Goodluckdontcry at 5-10-2024 02:45 PM

Muka huduh macam muka beruk maknyeh...ada juga yg terpedaya...den mmg sgt rs pelik dan tak terjangka dek akal dgn org2 yg mudah terpedaya dan terikut2 dgn org2 yg muka huduh below par...dey tambi, para rasul dan para nabi..semuanya digambarkan hensem, berseri, bercahaya lg menyenangkan mata bila dilihat...yg org2 muka huduh below par juga ko nak ikut...acer buduh piang betul... sejujurnya ko sbnrnya mls nk praktik apa yg agama suruh kan..mls solat..mls baca quran..mls buat kebaikkan...tau nak buat maksiat huha huha jer...sbb tu ko mudah terpedaya....mmmm
Quote gideoncross 6-10-2024 01:47 AM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2024 02:28 AM
Boyan pun boyan lah janji rock

HAHAHAHA TAGLINE SAIFUL APEK DULU KAT SENARIO
Quote midori888 6-10-2024 09:07 AM
kepalahotakengkau....
Quote copy_paste 6-10-2024 12:55 PM
Goodluckdontcry replied at 5-10-2024 02:43 PM
Muka huduh macam muka beruk maknyeh...ada juga yg terpedaya...den mmg sgt rs pelik dan tak terjangka ...

kan,yg empunya diri tu xhairan la mungkin sbb gila,xkan pengikut dia pun gila jgk
Quote zorrro_03 6-10-2024 02:05 PM
sontot guna penyodok forklif moleknya.  muka pun tak berapa nak siapppp
Quote kakikuDibibirmu 6-10-2024 06:24 PM
gideoncross replied at 6-10-2024 01:47 AM
HAHAHAHA TAGLINE SAIFUL APEK DULU KAT SENARIO{:1_56 ...

Wah, kertunya makcik!
Quote nisako 7-10-2024 10:00 AM
pulak dah mcm mcm
Quote salimrock 7-10-2024 12:39 PM
ramai tul nak jadi Rasul, skibidi ,

tp itu la 2 orang je ke pengikut,

nnti keluar jail gandakan usaha, masih jauh ketinggalan, berbanding ajaran di malaysia
Quote IzzahF 7-10-2024 01:08 PM
ai cari fb dia..ya auloh, ramai pengikut ya muka serupa tak mandi seploh tahun pun ada org nk caya
Quote cantthinkofany 7-10-2024 01:45 PM
memula dua pengikut......lelama sikitttt jadi beribu.....rubu...ribu.....masa tu dah tak boleh nak kekang dah.....
Quote cantthinkofany 7-10-2024 01:45 PM
memula dua pengikut......lelama sikitttt jadi beribu.....rubu...ribu.....masa tu dah tak boleh nak kekang dah.....
Quote sapeka 7-10-2024 02:01 PM
Pulak
Kenapa tak sebarkan kat singapora?
Quote duri_durians 7-10-2024 02:22 PM
aku dgr kt berita kata ahli2 bleh berpeluk bersentuh laki pompuan sbb mereka sudah di tahap 'cahaya' dan bukan lg manusia biasa.

kalau ajaran tu dah membenarkan benda2 tak senonoh antara laki pompuan, dah jelas2 la bangang lagi membangangkan.
Quote kucingitam 7-10-2024 02:25 PM
roh kudus tu apa eh?
Quote sukacactus 7-10-2024 03:09 PM
Kah3...org gila pun ada yg jd pengikut...bodoh amat!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top