PETALING JAYA – “Record (rakam)! Time (masa) ini la nak record (rakam)”. Demikian laungan seorang fasilitator wanita ketika salah seorang rakannya sedang membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan sekumpulan pelajar baharu di sebuah universiti awam. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas dia dan rakan-rakan fasilitator lain dikecam orang ramai gara-gara membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini Siswa (MDS) baru-baru ini. Menerusi video permohonan maaf yang dimuat naik pengguna [email protected] semalam, wanita tersebut dilihat mencelah ketika rakannya sedang berucap dan dengan lantang dia meminta pelajar-pelajar baharu untuk merakam ucapan tersebut. Tindakan wanita itu turut mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya kurang senang dengan sikap fasilitator tersebut.
“Lebih elok yang perempuan itu senyap sahaja,” tegur Mimi. “Alamak kakak fasi (fasilitator), ini baru nak buang yang keruh, akak pula buat tambah keruh,” kata Syaza. “Panas balik bila dengar kakak baju biru menjerit,” perli @anymos. “Terpaling garang sudah kakak baju biru,” kata Tee. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
kucingitam: alah budak2 skrg pun lembik..s ...
kucingitam replied at 5-10-2024 09:14 AM
alah budak2 skrg pun lembik..sikit2 record, viral, komplen.. zaman kita dulu kena tempik ke hapa tel ...