CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjenayah berparang pecah masuk banglo di Klang, samun RM600,000

4-10-2024 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43741| Komen: 19

 


KLANG – Sebuah keluarga menempuh detik menakutkan apabila banglo mereka di Pandamaran di sini, dimasuki sekumpulan penjenayah berparang yang melarikan wang dan barangan bernilai RM600,000 semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu turut mengakibatkan seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun cedera akibat ditetak pada bahunya oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki mengenai kes pecah masuk rumah tiga tingkat itu.

Jelas beliau, siasatan mendapati seramai 10 hingga 12 suspek dipercayai warga tempatan menaiki kereta Honda Civic putih dan Toyota Vios hitam.

“Selepas meletakkan kenderaan di hadapan rumah itu, kesemua suspek yang berpelitup muka, bersarung tangan dan berparang memanjat tembok pagar dan menarik pintu jeriji.


“Suspek kemudian memasuki semua bilik rumah itu dan mengikat tiga mangsa sebelum menggeledah barangan,” katanya hari ini.

Menurut Hoong Fong, ketika kejadian salah seorang penghuni berjaya menelefon polis bagi mendapatkan bantuan namun kesemua suspek melarikan diri.

“Pemeriksaan mendapati suspek melarikan tunai, patung sembahyang dan barang kemas yang semuanya dianggarkan RM600,000.

“Kejadian itu turut mengakibatkan seorang mangsa ditetak dengan parang dan menerima empat jahitan di bahu kirinya,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mempergiatkan usaha mengesan dan menahan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil di balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular dua video memaparkan sekumpulan penjenayah memanjat tembok dan memecah masuk rumah itu sebelum menggeledah serta mengikat beberapa mangsa.


Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 6-10-2024 08:23 PM
Bela anjing berapa puluh ekor pun tak menghalang penjenayah masuk..ni mesti bela baka yg salah
Quote pocongkiutss 6-10-2024 08:26 PM
swimswim replied at 6-10-2024 08:23 PM
Bela anjing berapa puluh ekor pun tak menghalang penjenayah masuk..ni mesti bela baka yg salah

Mangkuk2 tingkat ni kalau kena gigit dgn anjing jiran iols mmg mampos dh...garang gila anjing jiran iols tu
Quote ninja boy 6-10-2024 08:46 PM
Patung sembahyang kidnap diperbuat emas ka
Quote nw111 6-10-2024 09:40 PM
Warga tempatan klang tu dh tau dah species apa..
Quote pocongkiutss 6-10-2024 09:43 PM
nw111 replied at 6-10-2024 09:40 PM
Warga tempatan klang tu dh tau dah species apa..

Shah rukh khan?
Quote nw111 6-10-2024 09:52 PM
pocongkiutss replied at 6-10-2024 09:43 PM
Shah rukh khan?

Haaaa..takkan tak tau kot..
Quote Jikookie 6-10-2024 10:01 PM
Ramainya penjahat seram aku tengok. Anjing2 ada je luar rumah tapi tetap tak membantu eh
Quote pocongkiutss 6-10-2024 10:03 PM
nw111 replied at 6-10-2024 09:52 PM
Haaaa..takkan tak tau kot..

Geng stephen chow pun bnyk juga kan..heheh
Quote Orix 6-10-2024 10:06 PM
Anjing pun takajut ramai sgat
Quote nw111 6-10-2024 10:28 PM
pocongkiutss replied at 6-10-2024 10:03 PM
Geng stephen chow pun bnyk juga kan..heheh

Geng tu jahat category lain..contoh jadi along n suka menipu orang..
Yg merompak ni geng satu lagi..jenis bunuh orang pun tak heran..sejenis daring, blh rompak kereta orang dpn mata...
Kalau type m jahat dia merosakkan diri sendiri..mcm merempit n hisap dadah.
Quote ifanonline 6-10-2024 10:33 PM
tak lain tak bukan geng kalinga
Quote cm_vungtau 6-10-2024 10:57 PM
Banyaknya duit simpan kat rumah. Ada cina kawasan rumah aku dulu pun kena samun. Dia letak barang kemas semua dekat tempat sembahyang. Habis lesap. Rasanya yang curi pun pandai pilih rumah yang ada tempat sembahyang ni kot sebab diorang letak duit situ
Quote kepompong 6-10-2024 11:06 PM
oo baru tahu pating sembahyang tempat simpan reta
Quote hujanrindu28 7-10-2024 01:46 AM
Klang darul colombia
Quote cmf_jeangrey 7-10-2024 03:06 AM
swimswim replied at 6-10-2024 08:23 PM
Bela anjing berapa puluh ekor pun tak menghalang penjenayah masuk..ni mesti bela baka yg salah

Tengok gerak geri anjing2 tu mmg depa dah tahu ada intruders...nampak lari ke hulu ke hilir sambil menyalak..cuma anjing pet ni bukan mcm anjing polis yg dah dilatih utk kejar dan gigit..dan bukan semua anjing tu ganas walau baka ganas cth kwn iols ada sekor staffy tp hati tisu..dlm kes ni sekurangya salakan anjing tu buat tuan rumah sempat telefon polis


Quote asmurai 7-10-2024 03:19 AM
Kawasan gated and guarded tak ni?
Quote asmurai 7-10-2024 03:20 AM
ifanonline replied at 6-10-2024 10:33 PM
tak lain tak bukan geng kalinga

Dorang banyak tengok movie dgn sound effect  dusyum dusyum kut
Quote Radzor 7-10-2024 07:43 AM
mcmana dorg bukak grill n pintu?
Quote supernaturalee 7-10-2024 07:57 AM
ada tgk video cctv dlm rumah ms kejadian tu
mmg besar ruang tamunya
1/5 drpd ruang tamu mansion dlm khabie kushie khabie gham tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top