Penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya, Aliff Aziz tidak pernah menghubungi anak-anak mereka sejak bercerai pada 13 Jun lalu. Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan situasi terbabit. “Sebenarnya saya sudah tak mahu ulas pasal itu, tapi sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej atau panggilan atau Direct Message (DM) daripada dia. “Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikaikan, saya tidak marah dan saya rasa lebih baik begini. “Tapi kita tak tahu tiga sehingga empat tahun lagi macam mana sebab saya rasa ini jalan yang terbaik. Sebab saya seorang yang berhati lembut, dan saya tidak bersedia untuk itu (berbaik),” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya, Tapi Bukan Denganmu, di sini, hari ini.
|
dua_chzy replied at 4-10-2024 11:36 PM
Bella ni kaum apa uols?
Kalau tengok nama, bapak orang Brunai.
rayna_raynes replied at 4-10-2024 03:41 PM
Melayu jak rasanya.
kucim replied at 5-10-2024 12:03 AM
Akibat tersalah pilih suami
Moga ada ganjaran sabar buatmu
dua_chzy replied at 4-10-2024 11:36 PM
Bella ni kaum apa uols?
Kalau tengok nama, bapak orang Brunai.
ADVERTISEMENT