Pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud berharap kemelut yang berlaku antara dua pengacara popular iaitu Elly Mazlein dan Jihan Muse dapat diselesaikan secara baik. Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dua hos berkenaan mempunyai kekuatan masing-masing tidak seharusnya menggunakan media sosial sebagai ‘medan perang’. “Elly dan Jihan ada kekuatan masing-masing sebagai pengacara. Saya juga pernah menonton mereka. “Saya harap mereka berdua kembali okey (berbaik),” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar teater Di Sebalik Topeng di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Ogy berkata, corak pengacaraan dengan cara ‘membahan’ individu lain perlu dilakukan atas dasar persetujuan bersama. “Kalau di luar negara, perkara sebegini berlaku (lawak membahan artis atas pentas) tetapi semuanya perlu dilakukan dengan keizinan tuan badan.
“Sebagai contoh, dahulu saya pernah mengacara dengan Saleh Yaakob, kami saling membahan namun kami berbincang terlebih dahulu di belakang pentas,” ujarnya. Tambah pelakon filem Azura itu, dia mengakui tidak suka dengan sikap segelintir selebriti yang suka berkongsi secara terbuka masalah mereka dengan individu lain dalam media sosial. “Satu perkara yang saya tidak suka, sekiranya konflik itu boleh diselesaikan secara profesional, mengapa perlu dihebohkan dalam media sosial. “Sebagai pelakon, banyak cerita dalam kain melibatkan produksi yang saya tahu tetapi tidak pernah kongsi dalam media sosial. Itu prinsip saya,” katanya lagi. Terdahulu, Elly menerusi sebuah hantaran di InstaStory secara terbuka menyindir lawak yang dibuat Jihan bersama rakan gandingannya Haziq Hussni ketika mereka mengacarakan sebuah program nyanyian. Dalam perkongsian tersebut, Elly berharap dirinya tidak menjadi seorang pengacara yang gemar membahan artis lain di atas pentas. Sementara, Jihan pula memilih terus mengunci mulut meskipun akaun media sosialnya diserang netizen yang menuntut permohonan maaf daripadanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Kurex replied at 4-10-2024 09:38 PM
jihan dgn elie mazlien ni mengacara memang tak best pun
putericahaya999 replied at 4-10-2024 09:55 PM
Kak engku paling best
L.U.S.M replied at 5-10-2024 08:25 AM
Bukan ogy ni dulu gaduh kaw2 dgn Erma ke....
putericahaya999 replied at 4-10-2024 09:55 PM
Semua akak nk komen ye
supernaturalee replied at 7-10-2024 08:39 AM
reporter yg tny
so dia jawab casually je
ekceli point sebenar kak ogy dlm interview tu nk promote ...
ADVERTISEMENT