Melalui platform X, tular satu luahan hati dari seorang wanita yang bergelar isteri apabila si suami mempunyai sikap berkira yang keterlaluan. Menurut wanita tersebut, perkahwinannya bersama suami sudah mencecahkan tahun kelapan tetapi sepanjang berkahwin, kos perbelanjaan seperti keperluan anak dan makanan perlu dibahagi dua dan dia diminta untuk bayar sama rata. "Sampai macam ni sangat tahap berkira husband I even though gaji dia lagi banyak beza almost 2K dengan I."
Hal yang lebih mengejutkan apabila si suami meminta untuk bayar separuh-separuh harga pisang goreng RM6 yang hendak dibawa ke rumah ibu mentuanya. Apabila wanita itu persoal tindakan tersebut, lelai berkenaan berkata dirinya sudah memberi nafkah. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas perkara yang dilalui oleh wanita tersebut dan menganggap perangai ‘kedekut’ suami tidak akan boleh diubah, memandangkan mereka sudah berkahwin selama lapan tahun tapi masih sama. Sumber - Beautifulnara |
airmineral replied at 3-10-2024 09:00 AM
mcmn la leh tahan smp 8 tahunnn
lasagnaklcc replied at 3-10-2024 10:11 AM
Cousin i pernah tak jadi kahwin sbb kes tunang kedekut. Itupon mak ayah suruh putus sbb kesian tgk a ...
lasagnaklcc: Cousin i pernah tak jadi kahwi ...
mayaHD replied at 3-10-2024 10:54 AM
dulu aku tak caya, kast2 mmber aku cerita laki dia mcm ni baru aku caya. beli vitagen anak ngan bini ...