CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai isteri 'angkat kaki, berani memfailkan perceraian di mahkamah' - Pakar kaunseling keluarga

3-10-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15545| Komen: 77

 

SEMAKIN ramai isteri yang berani memfailkan perceraian di mahkamah.

Bahkan ada segelintirnya membuat keputusan itu tanpa perbincangan dengan suami terlebih dahulu.

Tindakan nekad itu kerana mahu segera meletakkan titik noktah dalam perkahwinan yang mungkin dianggap sudah tidak bahagia.

Pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh berkata, perkara itu seperti sudah menjadi trend baharu kebelakangan ini dan boleh dikatakan mengendalikan kes berkenaan setiap hari (isteri minta cerai).

Menurutnya, ramai wanita datang ke klinik kaunselingnya menceritakan masalah rumah tangga yang mereka hadapi berpunca daripada masalah kewangan, tiada persefahaman dan masalah hubungan seksual.

"Banyak faktor yang menyumbang kepada wanita minta cerai dan kemungkinan wanita pada masa kini mempunyai kerjaya, boleh berdikari dan 'survive' diri tanpa bergantung dengan lelaki.


"Ini mendorong mereka mahu mengambil tindakan sedemikian (cerai) kerana enggan meneruskan perkahwinan toksik yang memberikan tekanan mental dan emosi," katanya.

Beliau berkata, ada yang baru setahun usia perkahwinan, tetapi isteri sudah minta cerai kerana mempunyai masalah kewangan.

"Manakala isteri minta cerai pada usia perkahwinan 10 hingga 14 tahun kerana mereka sudah letih mental dan fizikal mengharungi rumah tangga yang tidak membahagiakan.

"Ramai juga yang datang mengadu mengatakan suami tidak memberikan nafkah zahir (wang) sejak 10 tahun perkahwinan kerana alasan isteri bekerja dan mempunyai gaji.

"Keadaan ini membuatkan isteri memendam rasa tidak puas hati dalam tempoh lama dan akhirnya mengambil tindakan minta fasakh," katanya.

Katanya, sebagai kaunselor keluarga tentunya akan memberikan nasihat dan meminta mereka supaya tidak bercerai.

"Namun, mereka tetap dengan pendirian mahu bercerai, maka saya tidak boleh menghalang keputusan mereka.

"Kebanyakan suami yang saya temui enggan menceraikan isteri mereka.

"Jadi, dalam sesi kaunseling, suami diberikan peluang mengubah diri selepas mendengar luahan isteri.

"Jika selepas dua bulan menjalani sesi kaunseling, suami berubah ke arah lebih baik, maka perceraian tidak berlaku dan begitu sebaliknya," katanya.

Hushim berkata, suami tidak mahu bercerai sekiranya isteri mempunyai gaji yang ada kalanya lebih tinggi daripada suami.

"Pada masa kini, kebanyakan isteri menjadi sumber pendapatan suami untuk membantu membayar komitmen rumah tangga.

"Mungkin ada yang marah dengan pendedahan ini kerana apa yang dikatakan adalah berdasarkan kepada kes saya dikendalikan.

"Faktor lain isteri minta cerai kerana suami curang berulang kali, berpoligami secara senyap dan 98 peratus wanita mengakui tidak boleh menerima tindakan suami berkahwin lain," katanya.

Beliau berkata, untuk mengelakkan isteri minta cerai, suami hendaklah memainkan peranan sebaiknya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab, setia, memberi nafkah bulanan, kasih sayang dan fokus keluarga.

Katanya, jika trend isteri minta cerai berterusan menyebabkan kadar perceraian meningkat tinggi.

"Ini akan memberi kesan trauma kepada anak-anak ketika zaman kanak-kanak mereka.

"Sebab itu sekarang berlaku banyak masalah sosial dalam masyarakat daripada keluarga yang bercerai," katanya.

Jelasnya, ini kerana anak-anak tidak mempunyai bapa sebagai suri teladan sepanjang mereka membesar.

"Ibu terpaksa mengambil peranan bapa, jadi kesannya tidak bagus daripada segi akidah, sosial, akademik, ekonomi dan kemenjadian anak itu.

"Apa yang saya cakap ini adalah berdasarkan kes rumah tangga dikendalikan lebih 20 tahun lalu," katanya.




Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniac 3-10-2024 08:51 AM
Pakar kena tingkatkan kemahiran dan ilmu lagi.

Takkan la suami isteri dah spend time g kaunseling tp masih teruskan cerai

Jadi pakar kurang bagus dlm memberi kaunseling

He
He
He
Quote pokokmeranti 3-10-2024 08:54 AM
Insomniac replied at 3-10-2024 08:51 AM
Pakar kena tingkatkan kemahiran dan ilmu lagi.

Takkan la suami isteri dah spend time g kaunseling t ...

jumpa pakar sekadar luah isi hati terpendam je.....
Quote Thunderclouds 3-10-2024 09:43 AM
Tiang 'arash pn xgegor ler bini mintak seraiii..
Mentality sorga bwh kaki somi dh berubah. Cukurrr
Quote ifanonline 3-10-2024 09:44 AM
tanda2 masyarakat akan musnah dan bertukar kpd budaya LGBTQ
Quote midori888 3-10-2024 09:45 AM
dpt lelaki kedekut mcm kat thread sebelah, mana lah bini tak minta cerai
Quote ninja boy 3-10-2024 09:56 AM
Kaunselinng kunun sampai bini kena bunuh atau kena pukul sampai koma tempurung kepala pecah
Quote menjad 3-10-2024 10:03 AM
ya kalau boleh failkan sehari sebelum hari lahir laki
Quote Dysania@72 3-10-2024 10:08 AM
laki berkualiti bermentality provider semakin kurang...
Quote syamzana 3-10-2024 10:11 AM
masyarakat skrg ni pun satu hal
bila isteri fail cerai kata tak through thick and thin
bila isteri stay sampai mampus kata asalkan berlaki

iols sokong je bila isteri minta cerai/fail cerai ada la reason dia yg org luar tatau. kalau tak tahan proceed je la.
peduli apa sehari sebelum birthday laki pun eh
Quote green~tea 3-10-2024 10:30 AM
File je la cerai kalo tak sehati sejiwa...

Asalkan jgn menyusahkan orang lain lepas tu .

Pilihan hidup memasing kan

Buat pilihan.. dan jalan terusssss
Quote adm7 3-10-2024 10:35 AM
Kebanyakan Betina kan suka bad boy, mulut manis, rambut pacak, muka kpop..
Mana reti nak fikir panjang dan mendalam. Biasa ikut hati dan emosi je
Quote Moklove92 3-10-2024 10:41 AM
Eh tolong la lapuk nak mampos pemikiran mcm ni. "Sebab itulah banyak masalah sosial dari keluarga bercerai" eh excuse me.. sedapnya pukul rata. Berapa banyak mat gian, rempit, apakejadah semuanya dari keluarga yang kononnya in tact?

Kaunseling pun please lah, kalau tak salahkan perempuan tak sah. Laki tak bagi nafkah - sabar. Laki kaki pukul - awak buat apa sampai dia pukul?. Laki kaki maki - awak jangan melawan kena diam. Pundek lah. Bye geram aku
Quote ledigugu 3-10-2024 11:04 AM
Kaunselor pun dah nampak kepincangan, lagi nak pujuk and advice jgn cerai. Stop enabling this behaviour boleh tak?
Quote BungaKencana 3-10-2024 11:10 AM
eh yg hadap tu sang isteri... kwn aku 2 org cerai sbb husb tak bg nafkah duit tu & ghoib.. nk cerai pun ssh sbb dia MIA.. yg lg sorang husb ahli GISB dok kikis duit dia mnta kete la ape la.. tak kan nk bertahan smpai hujung nyawa? mereka juga berhak bahagia.
Quote kucim 3-10-2024 11:23 AM
Bila dah sedar tersalah pilih suami.....
Quote jebatmaspunyer 3-10-2024 06:19 PM
Insomniac replied at 3-10-2024 08:51 AM
Pakar kena tingkatkan kemahiran dan ilmu lagi.

Takkan la suami isteri dah spend time g kaunseling t ...

Kamu y kena banyak kenal dunia lagi. Tugas kaunselor just facilitate pasangan utk express masalah dorang. Nak cerai atau tidak itu keputusan pasangan tu. Ada di kalangan pasangan nak berbincang jer terus jadi sesi meluahkan kemarahan sampai terkeluar perkataan y tidak sepatutnya. Bila jumpa kaunselor, pasangan tu boleh bercerita, meluahkan ketidakpuasan hati di dalam rumahtangga & kaunselor boleh kawal keadaan. Kaunselor boleh point out kelemahan y perlu diperbaiki & kelebihan y perlu dihargai. Kekadang bila dah emosi ni jadi tak terkawal kalau berdua jer bincang.
Quote Insomniac 3-10-2024 06:56 PM
jebatmaspunyer replied at 3-10-2024 06:19 PM
Kamu y kena banyak kenal dunia lagi. Tugas kaunselor just facilitate pasangan utk express masalah  ...

Eh emo pulak ko
Quote NurAlia14 3-10-2024 08:17 PM
Konon bnyk kepincangan bila tak ada father figure...kamu ingt kalau ada father figure yg baik akan terjadi.ke.penceraian? Mesti la.sbb lakinya hauk sbb tu minta cerai..hbs kalau dh hauk tp still bersama, guarantee elok kah anak2 tu nnt..
Quote SalenaGomez 3-10-2024 09:06 PM
Thunderclouds replied at 3-10-2024 09:43 AM
Tiang 'arash pn xgegor ler bini mintak seraiii..
Mentality sorga bwh kaki somi dh berubah. Cukurrr

Bergegar la kalau hubby tu elok serba serbi, tapi wife tu yg buat hal

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074664 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top