CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ mengadap Sultan Selangor, Setuju perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja

3-10-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12962| Komen: 15

 


Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor, semalam.

Menerusi Instagram Tunku Ismail memaparkan baginda bersama Sultan Selangor bergambar seterusnya meluangkan masa berbincang mengenai beberapa perkara.

Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor membincangkan mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

 


Malah, turut disentuh adalah mengenai bola sepak apabila Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail bersetuju bahawa perbalahan atau perseteruan hanya kekal dalam padang saja.

"Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja.

" Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. Allah Peliharakan Sultan," tulis baginda di Instagramnya.

Berdasarkan kepada situasi semasa, JDT dan Selangor sudah pastinya terkenal dengan perseteruannya dalam kancah saingan Liga Super.

Perseteruan kedua-dua pasukan itu mewarnai kancah Liga Malaysia dengan masing-masing kini menduduki tangga pertama dan kedua Liga Super.


Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 3-10-2024 09:16 AM
taw takpe
Quote alesandra 3-10-2024 09:26 AM
Gamba rare neh ...tunduk salam.
Quote nisako 3-10-2024 09:34 AM
aik slam kemain
Quote Thunderclouds 3-10-2024 09:45 AM
alesandra replied at 3-10-2024 09:26 AM
Gamba rare neh ...tunduk salam.

Dlm ati hanya dia & auloh saja yg tahuu
Quote venom1 3-10-2024 10:04 AM
Smart betul TMJ. Dulu badan agak berisi
Quote zorrro_03 3-10-2024 11:02 AM
bijak betul strategi ketua negara kita.  Institusi palinng tinggi dan paling penting dalam Malaysia.  

Daulat Tuanku
Quote Decaffeinated 3-10-2024 11:38 AM
Memang tau dorang takde isu pun. Acik2 kepam ja yang melebih2 maklumlah kepam.
Quote supernaturalee 3-10-2024 02:45 PM
kenapa tak pakai suit & songkok

Quote grouper 3-10-2024 02:48 PM
Fan Selangor boleh troll pic ni dlm page2 fan jdt
Quote suri33 3-10-2024 10:34 PM
Oooo.
Quote jejaka_hensem 4-10-2024 12:12 AM
Hensem TMJ ni,
tapi jejaka hensem lebih sikit la,dlm 0.5 camtu
Quote Sazreena 4-10-2024 02:26 AM
Halah nak kerek lelebih pun kerabat SS tu tethap ada kena mengena dgn ko.
Quote cm_vungtau 4-10-2024 08:53 AM
Takde pun rasa Sultan Selangor kisah sangat2 pasal bola pun. Banyak tugas sultan yang lain kot
Quote Decaffeinated 4-10-2024 11:57 AM
alesandra replied at 3-10-2024 09:26 AM
Gamba rare neh ...tunduk salam.

Tanda hormat orang tua.

Jagung pun salam cium tangan sultan brunei walaupun kalau ikut protokol dorang sama level.
Quote tagas 4-10-2024 02:24 PM
Kerabat depa pun ada bau2 bacang kan

Adik jagung kawen dgn kerabat selangor

Tmj ngan laki juliana evans pun cousin

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037027 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top