Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak dapat menggambarkan perasaan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Nurnafilah Waharudin telah meruntun hati warganet di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan sekiranya dia bertemu illahi terlebih dahulu sebelum isterinya. Jelasnya, Nurnafilah atau lebih dikenali sebagai Awin mempunyai personaliti yang sangat istimewa dan Izzue sahaja yang tahu cara untuk melayani isterinya berbanding orang lain. “Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap.
“Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan. “Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat. “Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” ujarnya sambil menangis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita tersentuh dengan perkongsian pelakon drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! malah menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’. Dalam pada itu, ramai yang menganggap Awin adalah wanita bertuah kerana memiliki suami penyayang, setia seperti Izzue dan ada individu mendoakan agar mahligai mereka kekal hingga ke syurga. Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga. Sumber - OhMyMedia |
prince_marhaen replied at 3-10-2024 04:40 PM
memey la abe ijue xsempat nak berskandal...24/7 akak awin ada ngan heshe... hehehe.. btw alhamdulill ...
Rogue98 replied at 3-10-2024 08:56 AM
Sayangnye takde anak...semoga adalah rezeki...rasanye izzue pun boleh jadi bapa yg baik
ADVERTISEMENT