CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambut hari lahir, Fazura titip ucapan buat Fatima – “Mommy akan sentiasa ada di sisi”

2-10-2024 10:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29158| Komen: 22

 


Pelakon, Fazura titip ucapan buat Fatima sempena menyambut hari kelahiran keempat anak tunggalnya itu pada 2 Oktober ini.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin telah memuat naik video dan foto memaparkan empat tahun pembesaran anak perempuannya itu.

Pada ruangan kapsyen, aktres berusia 41 tahun itu turut meninggalkan ucapan menyentuh hati di ruangan kapsyen dan disamping meluahkan kesyukurannya atas hari lahir keempat anaknya.


“Alhamdulillah, genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur empat tahun. Fatima, saya telah berdoa untuk kamu sebelum kamu lahir dan saya akan terus mendoakan kamu sepanjang hidup saya.

“Kamu anak yang baik. Bukan sahaja kamu ada hati yang besar, kamu juga sangat kuat, tabah, teguh dengan apa yang kamu mahukan. Kamu penyayang dan berempati dengan semua orang yang kamu jumpa, terutamanya saya, ibu kamu,” katanya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Fazura juga memohon maaf kerana dia tidak dapat menganjurkan sambutan ulang tahun kelahiran Fatima yang keempat secara besar-besaran pada tahun ini.

“Walaupun tahun ini saya tak dapat anjurkan sambutan hari jadi besar-besaran seperti sebelum ini, jangan risau. Saya sayangkan kamu lebih dari apa yang saya boleh katakan.

“Bersyukur sentiasa wahai anakku, sayang di dalam apa saja keadaan dan selalulah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangimu,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Fazura berjanji dengan Fatima bahawa dia akan sentiasa bersama anak tunggalnya itu tidak kira susah atau senang atas izin tuhan.

“Saya akan sentiasa ada di sisi  Fatima di saat susah dan senang dengan izin Allah SWT. Saya rasa sangat bertuah kerana ada kamu di dalam hidup saya.

“Malam-malam tanpa tidur untuk jaga kamu ketika kamu masih hidup sangat berbaloi dan jika saya diberi peluang untuk melakukannya semula, saya akan lakukannya tanpa ragu-ragu,” tulisnya.

Sementara itu, Fazura juga mendoakan agar Fatima sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dari manusia yang mempunyai niat jahat terhadap orang lain.

“Saya sayangkan awak, sentiasa dan selalu. Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah SWT dari manusia berhawa nafsu syaitan, menjadi anak yang solehah, sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik pada semua orang, berjaya dunia akhirat. Mudah-mudahan, amin,” doanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga mengucapkan selamat hari lahir kepada Fatima, termasuk rakan selebriti.

Terdahulu, aktor Fattah Amin enggan untuk menceraikan isterinya ketika sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan yang selanjutnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber - OhMyMedia

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 2-10-2024 10:32 PM
Edited by sayawifenikmie at 2-10-2024 10:34 PM

HAPPY BIRTHDAY FATIMA
Quote Lilipelangi 2-10-2024 10:56 PM
Selamat hari lahir nur fatima aisya
Semoga menjadi insan yang baik dan elok budi pekerti, aamiin..
Quote dua_chzy 3-10-2024 12:07 AM
Mak pak cerai pun nak Timoh masih kayo rayo. Jauh lagik baik nasib dari berjuta bebudak lain seluruh dunia.
Quote pocongkiutss 3-10-2024 12:25 AM
dua_chzy replied at 3-10-2024 12:07 AM
Mak pak cerai pun nak Timoh masih kayo rayo. Jauh lagik baik nasib dari berjuta bebudak lain seluruh ...

Betul la tu..kalau bangnon tarik subsidi pendidikan pun Timoh takkan affected..flip hair saja makpak dia bayar yuran full
Quote dua_chzy 3-10-2024 01:09 AM
pocongkiutss replied at 2-10-2024 04:25 PM
Betul la tu..kalau bangnon tarik subsidi pendidikan pun Timoh takkan affected..flip hair saja makp ...

Zets y acik2 takyah sebok susah hati sangat fikior pasal Timoh. Duit dia kat ASB, trust fund segala tu dah sah2 lebih daripada pendapatan acik2 yang dah keja selama 10-20 tahun or more.
Quote Frangapini 3-10-2024 01:23 AM
Tinggi lampai nanti anak Fattzura ni
4 tahun , she looks like a 7 year old. Alhamdulillah.

Happy Birthday NurFatima Aisya. Semoga menjadi anak yang solehah, Aamiin Ya Rabbal Alaamiin
Quote makcun14 3-10-2024 05:59 AM
mini bamtah sangat fatima ni.
Quote bedahmenjuyah 3-10-2024 06:54 AM
Dah ada ig seniri ek. Ig sblm ni dah tak update ke
Quote prince_marhaen 3-10-2024 07:50 AM
happy birthday myanmarrr.....~~~
Quote CikNano 3-10-2024 07:56 AM
hepi birthday nyamma
Quote JiEunTak 3-10-2024 08:01 AM
Now aku paham awat mummy fatima failkan perceraian ngn daddy dia
Quote putericahaya999 3-10-2024 08:12 AM
JiEunTak replied at 3-10-2024 08:01 AM
Now aku paham awat mummy fatima failkan perceraian ngn daddy dia

Kenapa .....

Quote nisako 3-10-2024 09:37 AM
happy birthday fatima
Quote Masukkeluar 3-10-2024 09:46 AM
Kt sini aku nk komen baik baik je sbb timoh deserve better. Timoh tak salah. Timoh lahir pn disebabkan cinta utuh mommy daddy.
Yg baik baik je utk timoh. Kalau acikpor rs nk marah faz/fattah sbb berantakan..acikpor tgk je timoh sbb timoh wujud hasil cintah faz/fattah.


Quote aemon 3-10-2024 09:58 AM
bedahmenjuyah replied at 3-10-2024 06:54 AM
Dah ada ig seniri ek. Ig sblm ni dah tak update ke

dia nak bubar fattzuralovelife la kot.
Quote nurul_akmar 3-10-2024 10:05 AM
cantik ye fatima ni.. dh mcm muka fazura..
Quote borrow 3-10-2024 10:58 AM
klik je about acc tu. Dh daftar oct 2020. Mmg dh chop awal2 , kang org lain amik plak username tu. Klo dh berkrisis elok la pun Nyamma buat ig snd. Sheols untung still disayangi & diktiraf kedua parents. Yg kesian tu klo parent tak peduli , mengaku pun idok. Mcm anak haram dibuatnya.
Quote ihtisyam1 3-10-2024 11:14 AM
moga yang baik baik saje untuk fatima
Quote chandrahusin 3-10-2024 11:20 AM
dua_chzy replied at 3-10-2024 01:09 AM
Zets y acik2 takyah sebok susah hati sangat fikior pasal Timoh. Duit dia kat ASB, trust fund segal ...

kannn
betul sgt
bila kwn2 borak2 kesian kat 3F ni
aiols diam jah
baik aiols kasian kan diri sndr
yg living paycheck to paycheck

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162872 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top