Disebabkan kerap menerima gangguan daripada entiti tidak kelihatan, majikan non-Muslim minta pusat rawatan Islam untuk ‘memagar’ kilang miliknya. Perkara itu dikongsikan akaun TikTok Pusat Rawatan Nur Zikir Hq apabila memuat naik video sewaktu melakukan proses ‘memagar’ kawasan parkir sebuah kilang dimiliki oleh seseorang yang bukan beragama Islam. Menerusi rakaman video tersebut, para petugas di pusat rawatan Islam berkenaan sedang melaungkan azan di setiap penjuru kawasan parkir yang dipercayai mengalami gangguan daripada makhluk halus. Berdasarkan kapsyen yang dinyatakan, majikan di kilang bekrenaan buntu kerana sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kelibat makhluk halus dipercayai penampakan seorang nenek tua berambut panjang.
“Boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada,” tulisnya. Selepas proses ‘menghalau’ penampakan tersebut membuahkan hasil, majikan non-Muslim itu meminta pula pihak pusat rawatan ‘memagar’ kawasan parkir berkenaan dan juga beberapa lagi lokasi agar tidak diganggu oleh makhluk itu semula. “Syukur. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain,” katanya lagi. Perkongsian tersebut telah ditonton lebih dari 900,000 viewers selepas dikongsikan dua hari lepas di TikTok. Pelbagai komen diterima dan ada diantara mereka turut berkongsi kisah hampir serupa apabila perlu berhadapan dengan situasi yang menyeramkan disebabkan gangguan-gangguan yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan adalah ikhtiar sebagai manusia biasa dan setiap kebergantungan wajiblah kepada Maha Pencipta. Sumber: TikTok pusatrawatannurzikirhq, OhMyMedia |
Perawankota replied at 2-10-2024 09:13 PM
Tempat keje aku Dulu bila ada kes org mati dlm bangunan, dorg aka management Akan panggil semua ketu ...
annehuda replied at 2-10-2024 10:38 PM
Kampung aku ada surau lama. Surau lama yg dulu ada kolah besar jemaah ramai2 amek wudhu sblm ada pil ...
sharlenetexas replied at 2-10-2024 08:16 PM
Takde clash crash bertembung dgn benda merah tu ke?
Ai_kiu replied at 3-10-2024 07:49 AM
Ikut berapa level kedegilan benda2 tu la kn.. kalau jenis biasher2 tu bakar colok sikit toksami ma ...
supernaturalee replied at 3-10-2024 08:23 AM
kwn iol pun ayah die pnh mntak air kolah masjid jugakslh 1 di masjid kg iols
so tlg la juga ambilk ...
sharlenetexas replied at 2-10-2024 08:16 PM
Takde clash crash bertembung dgn benda merah tu ke?
sekngucing replied at 3-10-2024 12:28 PM
Takda..benda merah tu biasanya permanent resident...beragama.islam..rak.amkan babi dan biasanya be ...
lostnfaun replied at 3-10-2024 07:47 AM
Kiranya dia dah panggil sami cina pun tak jalan jgk la yer..
sharlenetexas replied at 3-10-2024 12:37 PM
Permanent resident macamana?