CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iran lancar lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel

2-10-2024 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12672| Komen: 74

 


BAITULMAQDIS: Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran, mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah dan ikrar untuk membalas dendam.

IRGC Iran menyatakan bahawa ia mula menyerang sasaran ketenteraan penting dengan puluhan peluru berpandu.


Sebelum ini, tentera Israel mendakwa bahawa Iran mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu.

Rakaman video dari beberapa bandar di Iran seperti ibu negara Tehran menunjukkan bahawa serangan peluru berpandu telah dilancarkan terhadap entiti Zionis.

Tehran, Isfahan, Tabriz, Shiraz, Khorramabad, Arak dan lain-lain di seluruh Iran menyaksikan pelancaran misil ke udara.




Dalam satu kenyataan, IRGC berkata, serangan peluru berpandu itu adalah tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Zionis dan jenayah di Palestin dan Lubnan.

“Sebagai tindak balas ke atas pemergian Ismail Haniyeh, Hassan Nasrallah dan Komander IRGC Abbas Nilforushan, kami menyasarkan pusat wilayah yang diduduki,” kata IRGC dalam satu kenyataan.

Sumber: Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 2-10-2024 08:52 AM
peh mesti ramai mampos ni tapi tak viral..
Quote yenil95 2-10-2024 09:03 AM
Part ni achik sokong Iran.
Quote ultra78 2-10-2024 09:05 AM
Akhirnya..jom perang...
Quote nazurah 2-10-2024 09:25 AM
tapi iols nampak Iran ni serang ala kadar jek... patut dia tala jek bertubi2 cemana israhell buat kat Gaza dan Lebanon.

Quote Farnor 2-10-2024 09:26 AM
Again and again..
Quote AbukRokok 2-10-2024 09:27 AM
yahudi vs syiah
ostad sunni tepuk tangan
Quote fanaz82 2-10-2024 09:28 AM
iran je nampak berani serang israel sekarang ni..
Quote pokokmeranti 2-10-2024 09:29 AM
mcm episod2 lepas. hanya serangan pada hari pertama. serangan ini juga dibuat atas bumi palestin yg dijajah israel.
Quote adila39 2-10-2024 09:32 AM
i tak rasa WarIII akan berlaku at anytime from now...mybe ni just a little drama?
Quote akido_kido 2-10-2024 09:42 AM
Wayang?
Quote alesandra 2-10-2024 09:44 AM
nazurah replied at 2-10-2024 09:25 AM
tapi iols nampak Iran ni serang ala kadar jek... patut dia tala jek bertubi2 cemana israhell buat ka ...

Takdenyer ala kadar.report kata iran attack tempat stategik mcm military base,mossad hq etc.israel nampak gah sbb dia pegi bom ratakan tempat dan org awam.jadahnyer.casualitis pun israel masih senyap membisu.maksudnyer agak serius kot
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 09:55 AM
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 09:57 AM
Tazzabar nak tunggu episod keempat Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar
Quote akido_kido 2-10-2024 10:32 AM
[twitter]https://twitter.com/mylordbebo/status/1841167247970353581?s=46[/twitter]
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 10:32 AM
#teamFA
Quote akido_kido 2-10-2024 10:35 AM
alesandra replied at 2-10-2024 09:44 AM
Takdenyer ala kadar.report kata iran attack tempat stategik mcm military base,mossad hq etc.israel ...

Nanti si bangsat tu guna nuke alasan tindak balas atas serangan iran..maka bermulalah ww3 di dunia erab
Quote silance 2-10-2024 10:41 AM
Aku menunggu jika ada seseorang yang dapat tembak kepala si Ben itu.
Quote ifanonline 2-10-2024 10:41 AM
Iran Syiah terbaik...Sunni mana? main forum cari.com
Quote Dovahkiin 2-10-2024 10:43 AM
Jgn nnt merempan play victim lepas kena serang kaw2 dgn israel.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top