Oleh : Dean BZ
Di zaman ini seperti perkara mustahil untuk mencari makanan semurah RM2, namun apa yang menariknya masih ada gerai yang menyediakan menu dengan harga semurah ini. Memetik dari Sinarharian, sebuh gerai makanan Menu Sejahtera di kawasan perindustrian Bandar Darulaman, Jitra, Kedah dikunjungi ramai kerana harga yang sangat murah dan sedap. Kedudukannya strategik dikelilingi kilang, pusat pengajian tinggi serta sekolah menjadikan gerai itu ‘diserbu’ setiap kali waktu puncak terutamanya tengah hari dan petang.
Hidangan seperti nasi ayam dijual pada harga RM2, laksa (RM1), bihun sup (RM1) serta sirap 50 sen menjadi tarikan utama di gerai yang dimiliki oleh pengusahanya, Mohd Nazeri Hashim, 45. “Saya jual murah dan amalkan konsep beribadah serta tidak mahu membebankan pelanggan walaupun harga barang sekarang mahal. Bagaimanapun dengan kadar keuntungan minimum serta cukup untuk pusingan modal diharap membantu mereka yang berpendapatan rendah datang ke sini. "Di samping itu juga saya mengamalkan konsep ekonomi makro iaitu makanan murah ditawarkan membolehkan pekerja di kawasan itu tidak perlu lagi pulang ke rumah dan hanya menjamu selera di sini. Ini membolehkan kawasan itu akan lebih lebih maju dan pekerja tidak perlu mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah mereka,” katanya . Walaupun makanan di kedainya sangat murah tetapi perasa serta bahan perencahnya tetap sama seperti di kedai lain juga., kata pemilik itu. “Saya simpati dengan pendapatan yang diperolehi pekerja kilang serta pelajar. Atas dasar itulah saya sanggup mengambil keuntungan yang berpatutan sahaja. Pengalaman sebagai pengurus kilang dan bapa kepada empat anak yang masih bersekolah dapat merasai tekanan yang dihadapi mereka terutama dengan nilai harga barangan sekarang ini," katanya. Sangat mulia hati pemilik gerai ni, semoga perniagaannya lebih maju dan dimurahkan rezeki melimpah ruah. - CARI Infonet. |
15
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
setokinpurple: Bagus la murah..cuma terfikir bahan dia letak tu cikai ke? Sedap ke? Bersih ke?
saifulms replied at 30-12-2015 11:17 AM
Membunuh peniaga lain?? Adoiya! Jika tak mau kena bunuh, bersainglah dgn jual harga murah.. Jangan t ...
-electrifying-: konsep berniaga yg salah bro...
kivio replied at 29-12-2015 08:38 PM
Anyone boleh tlg kasi coordinate tak?
Dok lalu hari2 tak nampak pulak kat mana....
ADVERTISEMENT