CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angkara jubah merah jambu, Neelofa disekolahkan netizen - “Tiada lagi gambar bahagian itu. Mungkin Lofa sudah delete (padam) rasanya”

2-10-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17498| Komen: 109

 


Perkongsian pengacara dan usahawan sensasi Neelofa yang menunjukkan dia bersama suami iaitu Haris Ismail berkunjung ke kawasan padang pasir dipercayai di Dubai mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, menunjukkan dia memakai jubah berwarna merah jambu yang dikatakan tidak sesuai kerana menampakkan bentuk badan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengharapkan agar Neelofa lebih peka dalam memilih kandungan untuk dikongsikan kepada umum di media sosial.


“Bagus gambar yang menampakkan bentuk badan itu telah dipadam. Hati-hati perkongsian sekarang ini, takut nanti jadi buli siber.

“Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam memilih kandungan sebelum kongsi. Bimbang akan jadi bahan fitnah.

“Tiada lagi gambar bahagian itu. Mungkin Lofa sudah delete (padam) rasanya,” antara komen netizen.


Dalam pada itu, ada warga maya yang meminta agar pelakon filem Azura tersebut mengikut jejak langkah pelakon Izara Aishah yang menutup ruangan komen dalam perkongsian tertentu.

Bagaimanapun, peminat Neelofa menentang perkara itu dan meminta agar pengguna media sosial lain tidak terlalu mengkritik artis kesayangannya mereka itu.

“Mungkin Lofa boleh off (tutup) komen seperti Izara.

“Tidak perlu hendak tutup komen. Abaikan saja dan tidak perlu baca. Lofa abaikan manusia toksik dengan manusia terpaling suci.

“Biarlah gambar ini lawa. Tiada apa yang hendak digaduhkan. Suaminya juga tidak gelabah (menegur). Kalian pula yang sibuk. Kepada yang tukang judge (menghukum), gambar masing-masing pun teruk juga,” demikian antara komen netizen.


Dalam perkongsian sama, Neelofa dilihat berkongsikan pengalaman berkunjung ke kawasan gurun di Dubai dan menikmati pengalaman menaiki unta. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 2-10-2024 08:25 AM
Cubaan menaikkan nama yg tenggelam dek berita fail cerai misfek
Quote Tinot7 2-10-2024 08:26 AM
Baju mana tu?
Quote green~tea 2-10-2024 08:27 AM
Sia sia je ko pakai purdah jahtekkk oiii
Quote cm_vungtau 2-10-2024 08:31 AM
Mengada betul melayu ni. Orang dah bertutup litup pun ko masih komplen nampak bentuk badan pulak. Kecoh betul
Quote rainbowrainz 2-10-2024 08:34 AM
Hajahh jugeekk sedap mengulit lakinya sehh...wakakakak
Quote Rogue98 2-10-2024 08:34 AM
Td nampak video cousin dia buat makan2.. ada bapa tiri jah datang.. peluk and kiss dia...mmg famili tak kisah sangat pasal aurat..
Quote kucim 2-10-2024 08:34 AM
Sebenarnya boleh ke pakai baju drp material satin..shimmer dlm islam..wrna menggoda meskipun tutup 1 bdn...
#akuyangjahil
Quote zuriey 2-10-2024 08:40 AM
Ya tohan purit sebijik penggembala unta padang pasir
Makin busyuk dan gundu
Quote dagusengett 2-10-2024 08:45 AM
Dia jual ke jubah tu?
Quote awex^returns 2-10-2024 08:55 AM
dah lama tau jahcipap memang suka attention
pakai baju sapu lantai berkerlap kerlip nampak segala lekuk dan lemak yang ada
lobenak je yang bodoh kagum tak tentu hala
dasar murahan
Quote BoongaKertas 2-10-2024 09:21 AM
kalau iols bukan msian, iols rasa laki jah mmg org sana. boleh blend in dah tu.
Quote PinkyPie 2-10-2024 09:35 AM
Bila nak pindah padang pasir
Quote fanaz82 2-10-2024 09:37 AM
kucim: Sebenarnya boleh ke pakai baju drp material satin..shimmer dlm islam..wrna menggoda meskipun tutup 1 bdn...#akuyangjahil

aku pun nak tahu jugak. sebab bg aku warna dia striking sgt
Quote Mimo.mimo 2-10-2024 09:41 AM
Baju tu bakal di launch kan? Macam tak menepati shariah je. Sexyyy
Quote aciksenah 2-10-2024 09:59 AM
Netizen ni memang suka zoom bentuk badan orang..Iols tengok biasa2 je..tapi ada penampakan perut besar. Jah mengandung lagi ke? Tahniah..harap2 anak gurl la pulak lepas ni..Ke iols yang tertinggal train kat sini??
Quote caprisonne 2-10-2024 10:13 AM
Sorry la lopa, aku dah sampai dubai desert lg awal dr ko.. tp xde la nk menayang mcm ko ni
Quote melekaifc 2-10-2024 10:15 AM
teringat baju pink telitabis masa anugerah ERA
Quote L.U.S.M 2-10-2024 10:34 AM
Laki bini bingai ni pujaan walanee
Quote nfaaa 2-10-2024 10:34 AM
too bright for niqabis. aku rasa tak elok/sesuai org berniqab pakai color terang, attractive gitu. tp knowing mekpa ni mmg suka attention wpun dh bertutup, gitu lerr. semalam kot keluar IG feeds, jadi model Cartier dia 3 beradik. mcm tak kena. aku jahil bab aurat, tp kau dh berniqab but still appears unnecessarily to public (jd model) mcm tak kena. tak reti nak explain. tp mmg tak kena

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074923 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top