CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai yang meluahkan rasa kecewa kempunan nak bawa motor besar, status semakan mereka didapati gagal

2-10-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8676| Komen: 32


 


PETALING JAYA – Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila status semakan mereka didapati gagal memenuhi syarat kelayakan menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh.

Semakan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi tangkap layar semakan yang dibuat menerusi aplikasi MyJPJ dan keputusannya adalah “Anda tidak layak menyertai program ini”.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna yang gagal ini menyuarakan satu persoalan adakah mereka akan terus tidak layak untuk memiliki lesen B penuh memandangkan program untuk mendapatkannya sudah tidak dilaksanakan di institut memandu.

“Kalau dah tak layak ini, maknanya sampai bila-bila tak layak? Atau kami diberikan opsyen lain untuk memiliki lesen B penuh?,” soal Ahmad Ilham.

Sementara itu, ramai yang memetik nama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi penjelasan berkaitan situasi tersebut.


Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mulai 1 Oktober, tiada lagi program mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B1 di institut memandu (IM) akan dibuka kepada orang ramai.

“Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah saja bagi kelas B1.


“Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal dalam kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas berkenaan bagi mendapatkan lesen kelas B,” katanya.

Syarat program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh adalah pemohon perlu memiliki LLM kelas B1 atau B2 secara aktif berterusan untuk minimum 10 tahun.

Ia bertujuan memastikan tahap kompetensi serta pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.

Seterusnya, pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-10-2024 08:18 AM
Dolu2 iols nak amek lesen motor tapi ayah tak benarkan

Quote shamsadis 2-10-2024 08:19 AM
yang penting jangan buat salah
Quote fanaz82 2-10-2024 09:33 AM
xpelah, aku naik skuter je
Quote zehra2 2-10-2024 09:52 AM
haa aku dah lebih 15 tahun ada lesen B2.. tp nak apply lesen B tu mcm tak berguna jugek.
sebab aku nak beli motor letrik tu pun adik aku tak bagi.. dia kata senang nak meletop. pd hal senang je kot nal pergi pasar ke.. tak yah letih cari parking
Quote prettyuglybabe 2-10-2024 10:24 AM
bodohnya ahmad ilham tu..
bukan susah pun syarat nak convert..
kalau tak penuhi syarat, kau pergi la amik lesen bfull kat sekolah memandu..
nak bagi alasan tak mampu bayar yuran, beli motor besar tu ada pulak duit..
Quote BungaKencana 2-10-2024 10:30 AM
aku layak tp tulah tak mmpu nk beli superbike.. hahaha so biar jela B2... kalau dah mmpu nnt baru fkr utk B Full...
Quote Kitty_catz 2-10-2024 01:04 PM
isehh meols pun check tak layak

tp rasa tapenah pulak tak bayo lesen

check saman smer takde

mebi sbb kuat kutuk gomen kat porem cari
Quote Belibis 2-10-2024 01:20 PM
Kitty_catz replied at 2-10-2024 01:04 PM
isehh meols pun check tak layak

tp rasa tapenah pulak tak bayo lesen

Maknanya sembang madani jer la kencang..tapi masih ada syarat tersembunyi.
Quote midori888 2-10-2024 01:21 PM
Kitty_catz replied at 2-10-2024 01:04 PM
isehh meols pun check tak layak

tp rasa tapenah pulak tak bayo lesen

meols dah suh adik meols buat, skrg dia pakai L jer kalu bawa moto above 250cc...
Quote zehra2 2-10-2024 01:34 PM
dgr² ada ujian kat jpj jugek..
motor berat.. takut jatuh ditimpa motor je..
belum gerak pun
Quote Kitty_catz 2-10-2024 01:42 PM
Belibis replied at 2-10-2024 01:20 PM
Maknanya sembang madani jer la kencang..tapi masih ada syarat tersembunyi.

ni meols cuak juga.. saman takde, lesen tak penah lapse

awat status tak layakkkkkkkkkkkkkkk ...yihhh

baru nak beli superbike buat ronda petang2
Quote Kitty_catz 2-10-2024 01:43 PM
midori888 replied at 2-10-2024 01:21 PM
meols dah suh adik meols buat, skrg dia pakai L jer kalu bawa moto above 250cc...

wahhh best nyierr

meols dulu ni la cita2 yg masih tak kesampaian nak beli superbike


Quote midori888 2-10-2024 02:54 PM
Kitty_catz replied at 2-10-2024 01:43 PM
wahhh best nyierr

meols dulu ni la cita2 yg masih tak kesampaian nak beli superbike

ala dia beli yg 2nd hand jer pun...dia citer kalu roadblock slalu polis tak pnh suh benti check pun...diorg kasi lepas jer...
Quote AbukRokok 2-10-2024 03:22 PM
katanya lambat renew sehari pun xboleh

kne kecing dgn jpj MOT... lagi pulak nak buat mydigital id kat app myjpj
Quote helicornia 2-10-2024 03:36 PM
Kitty_catz replied at 2-10-2024 01:42 PM
ni meols cuak juga.. saman takde, lesen tak penah lapse

awat status tak layakkkkkkkkkkkkkkk ...yi ...

ada lambat renew lesen tak? sehari pun tak bole
Quote Kitty_catz 2-10-2024 05:36 PM
helicornia replied at 2-10-2024 03:36 PM
ada lambat renew lesen tak? sehari pun tak bole

rasa tapenah

tp tu la.. memori ram tak cukup

Quote Kitty_catz 2-10-2024 05:37 PM
AbukRokok replied at 2-10-2024 03:22 PM
katanya lambat renew sehari pun xboleh

kne kecing dgn jpj MOT... lagi pulak nak buat mydigital id k ...

yaaa mydigital ni mender.. meols tadi baru nak buat acc.. kena scan ic pulekkk

dah la tak bawak... yihhh
Quote Kitty_catz 2-10-2024 05:37 PM
midori888 replied at 2-10-2024 02:54 PM
ala dia beli yg 2nd hand jer pun...dia citer kalu roadblock slalu polis tak pnh suh benti check pu ...

ooo ok la tu.. janji superbike vroom vroom vrooooom  
Quote Firenzza 2-10-2024 05:43 PM
Syarat mengarut ni awal2 dah letak atau last minit x nak bagi org auto layak b full?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036705 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top