Enggan kemelut berpanjangan, pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni memilih untuk tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di antara rakan artis Elly Mazlein dan Jihan Muse. Baik dengan semua, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Hussni, 34, berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan dua selebriti tersebut dan mahu mereka menyelesaikan sendiri masalah yang berlaku. “Saya memang ada jumpa mereka berdua. Saya bersembang sahaja macam biasa dengan Elly dan Jihan tapi saya tidak menyentuh apa-apa tentang isu tersebut. “Sewaktu saya berjumpa dengan Elly dia hanya tanya saya okey atau tidak. Lagi pun instastory yang dibuat pun Elly ada tag saya. Saya pun ada baca juga apa yang berlaku. Saya pun tak tahu nak beri respons yang bagaimana. “Kita biarkan sahaja pada mereka berdua untuk selesaikan masalah ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media program Borak SeeNI, di sini, hari ini.
Tambah Haziq lagi, dia mahu menutup mulut dan mengelakkan diri daripada memberikan sebarang komen kerana menganggap krisis yang berlaku tiada kaitan dengannya. “Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur. Pada waktu itu kami (dengan Jihan) hanya mahu memperkenalkan pemuzik. Saya pun menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar. “Situasi itu berlaku ketika waktu rakaman beberapa minggu lalu. Bagi pihak saya, tidak ada apa yang boleh saya jelaskan kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu tetapi Jihan (kontroversi). “Jadi saya tak berani nak komen apa-apa untuk pihak mereka (Jihan dan Elly). Saya hanya melakukan kerja saya,” jelasnya. Paling penting kata bapa kepada dua cahaya mata itu, dia melihat kontroversi yang berlaku ini sebagai pengajaran untuknya yang baharu sahaja disifatkan masih hijau dalam bidang pengacaraan. “Saya pun masih baru dalam bidang pengacaraan. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. “Sebagai seorang selebriti dan hos, kalau tidak berlaku pada kita pun mungkin ia akan berlaku kepada orang lain. “Secara peribadi saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka berdua,” katanya. Sebelum ini, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, secara terbuka menyelar tindakan gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria. Kata pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, dia berharap individu berkenaan tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas. Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas sama-sama sedang menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil Haziq menari. Jihan kemudian memberitahu perbuatan tersebut sama seperti seseorang yang juga bekerja di Astro tetapi versi wanita. Meskipun tidak menyebut nama, namun kata-kata itu dianggap ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program. Bagaimanapun, Elly memberi gambaran dia tidak membuat kenyataan itu kepada Haziq kerana sempat menulis nasihat untuk pengacara berkenaan melakukan yang terbaik selain turut disertakan dengan emoji hati. Sumber – KOSMO! ONLINE |
makciktijah replied at 2-10-2024 09:39 AM
makcik igt haziq ni anak emas media prima.
makciktijah replied at 2-10-2024 09:39 AM
makcik igt haziq ni anak emas media prima.
supernaturalee replied at 2-10-2024 11:50 AM
sblm kena vss lbh baik blah
nk plk astro offer baek pny
makciktijah replied at 2-10-2024 11:54 AM
makcik igt astro rugi je skrg, dah nak melingkup. rupanya boleh ambik org media prima.
makciktijah replied at 2-10-2024 03:54 AM
makcik igt astro rugi je skrg, dah nak melingkup. rupanya boleh ambik org media prima.
ADVERTISEMENT